Terima kasih kerana melawat blog ini!

Situasi Masalah:
En. Sufian (bukan nama sebenar) sangat teruja untuk membuat installasi anti-virus yang baru. Semasa beliau sedang membuat installasi anti-virus tersebut, tiba-tiba komputernya (windows) menjadi hang. Adakah perisian anti-virusnya bermasalah? Bagaimana untuk menyelesaikannya?



Jawapan dan Penyelesaian:
Secara umumnya, satu antivirus bagi satu komputer adalah memadai. Yang penting adalah setiap anti-virus hendaklah sentiasa di kemaskini (update) bagi memastikan anti-virus tersebut dapat mengesan sebarang virus baru yang wujud. Tambahan pula, sekiranya lebih dari satu anti-virus di install pada komputer akan mengakibatkan tambahan kepada penggunaan RAM.

Komputer tersebut menjadi hang berkemungkinan kerana anti-virus yang baru menjadi conflict dengan anti-virus yang lama. Terdapat beberapa syarikat anti-virus yang bersaing sesama mereka, malah sekiranya kedua-dua antivirus ini “bertembung” di dalam komputer, ia akan menjadikan komputer tersebut hang! Sebagai contoh, symantec (dahulunya norton) sangat anti dengan trend micro (dahulunya pc cillin).

Cara untuk mengatasi masalah sekiranya komputer anda telah menjadi hang disebabkan berlaku conflict perisian anti-virus:

  1. Reboot komputer dan masuk kepada menu safe-mode.
  2. Pergi ke menu Start, kemudian Run . Taip “services.msc“.
  3. Anda perlu tahu apa antivirus yang ada sebelum ini. Sebagai contoh, sekiranya anti-virus yang lama ialah symantec, anda perlu klik semua service symantec satu persatu, “stop” services tersebut dan “disable” semua service tersebut.
    service-symantec
  4. Uninstall anti-virus lama dan install semua anti-virus yang baru.

* Penyelesaian di atas adalah salah satu contoh penyelesaian sahaja…

Related Posts:

Tags:

RSS feed | Trackback URI

4 Comments »

Comment by papabear
2011-02-19 22:09:15

hanya orang yg tamak nak guna lebih dari satu anti-virus hehe…

Comment by sufian
2011-02-19 22:45:42

org tamak selalu rugi 😀

 
 
Comment by sue
2011-07-10 13:39:33

En Supian, bila saya install antivirus,firefox xleh bukak, bila nak uninstall antivirus tu x boleh jugak

Comment by sufian
2011-07-19 04:17:42

nak uninstall perlu inactive anti virus tu.. masuk safe mode, disable service antivirus tu (pastikan semua service antivirus tu disabled)..
baru boleh uninstall

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong> in your comment.

CommentLuv badge

Trackback responses to this post

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>