Terima kasih kerana melawat blog ini!

Logo-VirtualBox

Kini terdapat berbagai-bagai operating system yang boleh digunakan seperti Windows, Linux, Solaris, BSD, IBM OS/2… Sebut sahaja Windows mungkin kita terbayangkan Windows XP, Windows Vista, Windows 7. Jika Linux pula mungkin Ubuntu, Suse, Redhat dan berbagai-bagai lagi.

Pada masa dahulu, satu komputer biasanya ada satu operating system sahaja, tetapi kini anda boleh memasang lebih daripada satu operating system pada satu komputer. Ini adalah hasil daripada perkembangan teknologi dan terdapatnya komputer yang berspesifikasi tinggi bagi menyokong lebih daripada satu operating system.

Cara Memasang Lebih Operating System Dalam Satu Komputer

    Terdapat dua teknik bagi memasang lebih operating system pada komputer, iaitu:

  • Multi Boot
    – Terdapat dua atau lebih operating system dipasang pada komputer. Partition hard disk dibahagi-bahagikan mengikut keperluan operating systems. Tetapi hanya satu operating system sahaja digunakan pada satu-satu masa (boot).
  • Virtual Machine (Komputer Maya)
    – Terdapat dua atau lebih operating system dipasang pada satu operating system utama. Semua operating system boleh digunakan pada satu masa, tetapi komputer hendaklah mempunyai spesifikasi yang tinggi terutamanya Processor dan RAM. Terdapat banyak perisian bagi membuat virtual machine, contohnya VirtualBox, VMware, Microsoft Virtual PC dan lain-lain.

Kelebihan Menggunakan Virtual Machine

  • Anda boleh delete, copy (backup) operating system dengan mudah.
  • Sebarang masalah pada operating system didalam virtual machine tidak akan mengganggu operating system utama. Sebagai contoh; jika operating utama yang sedang digunakan ialah Windows, kemudian install Linux di dalam virtual machine. Sekiranya terdapat masalah pada Linux tersebut, ia tidak akan menjejaskan Windows.
  • Anda boleh tambah, buang apa-apa virtual operating system sesuka hati, tetapi operating system asal tetap ada. Contohnya kelas kursus komputer boleh install bermacam-macam operating system mengikut kursus yang akan dianjurkan. Setelah habis kursus, virtual operating system itu boleh dibuang dan hanya tinggal operating system yang asal sahaja. Senang kerja 🙂




VirtualBox adalah contoh virtual machine percuma yang boleh anda cuba.

Cara Install VirtualBox

  1. Bagi pengguna Linux Ubuntu, anda boleh install VirtualBox dengan menaip command sudo apt-get install virtualbox-ose-qt pada terminal.
  2. Bagi pengguna Windows, anda boleh download VirtualBox di website VirtualBox mengikut kesesuaian komputer anda. Kemudian install seperti biasa.

Cara Menggunakan VirtualBox

Penggunaannya sangat mudah. Ikuti sahaja langkah di bawah:
Klik “New”, pilih jenis operating system yang hendak digunakan.
Install-VirtualBox-1
Pilih kapasiti RAM yang hendak diperuntukan untuk operating system tersebut. Dinasihatkan anda memilih dalam skala hijau sahaja…
Install-VirtualBox-2
Install-VirtualBox-3
“Dynamic storage” sekiranya kapasiti hard disk yang digunakan boleh diubah pada masa nanti.
“Fixed Storage” untuk pasti tidak akan mengubah saiz hard disk yang digunakan nanti.
Install-VirtualBox-4
Install-VirtualBox-5
Finish. Klik “start” pula untuk mulakan install operating system.
Install-VirtualBox-6
Pilih CD-ROM sekiranya ingin install operating system dari CD-ROM.
Install-VirtualBox-7

Kaedah Network Setting VirtualBox

  • NAT – Operating System Virtual menggunakan IP Address sendiri, tetapi dilihat seperti menggunakan IP Address Operating System utama.
  • Bridged – Operating System Virtual berkongsi network dengan Operating System utama.
  • Internal Network – hanya network dengan Operating System utama sahaja
  • Host-Only – seolah-olah komputer yang berasingan

Peringatan Semasa Menggunakan VirtualBox / Virtual Machine

Sama juga seperti menggunakan komputer biasa, sekiranya hendak OFF komputer, perlu shutdown dengan cara yang betul. Jangan terus tutup VirtualBox, kerana ia boleh merosakkan hard disk.

Related Posts:

Tags: , ,

RSS feed | Trackback URI

6 Comments »

Comment by Mus
2011-02-02 14:02:13

mcm best jer.. boleh cuba bermacam-macam OS

Comment by sufian
2011-02-03 09:22:49

tapi spec komputer kena tinggi ler, baru tak tersangkut2..

 
 
Comment by rechad Subscribed to comments via email
2011-02-02 14:59:27

good info, tq

Comment by sufian
2011-02-03 09:24:13

good to share

 
 
Comment by zik
2011-02-02 17:53:43

tak boleh main mati macam tv lah ek.. kena ikut flow dia… macam biasa

Comment by sufian
2011-02-03 09:24:57

kira dah macam komputer betul la tu..

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong> in your comment.

CommentLuv badge

Trackback responses to this post

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>