Terima kasih kerana melawat blog ini! Untuk melanggan informasi melalui email, sila isi borang ini ... ->
Pernah satu ketika dahulu semasa saya bekerja di Kuantan, tiba-tiba mouse komputer saya bergerak sendiri! Pandai pula klik-klik program komputer… Saya yang pada ketika itu agak panik sedikit (ingatkan virus), terus menggerakkan mouse / tekan keyboard berkali-kali. Tiba-tiba ada panggilan telefon, “Woi, jangan kacaulah.. aku tengah remote komputer engkau ni!!!”. – Laa.. orang HQ kat KL tengah remote komputer saya rupanya.. (kawan sepejabat dah install perisian remote sebelum ni).
Rasanya situasi / pengalaman saya di atas dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas berkenaan maksud remote komputer.
Dalam minggu ini, agak sibuk juga di pejabat. Banyak panggilan aduan yang diterima, akhirnya kerana hendak menjimatkan masa saya pun hanya remote sahaja komputer pengguna yang membuat aduan.
Sebenarnya terdapat banyak perisian remote komputer di internet, tetapi cara penggunaanya hampir sama. Contoh perisian remote komputer yang saya ingin terangkan ialah – Real VNC.
Cara Penggunaan Real VNC
- Terdapat 2 execute files yang perlu digunakan iaitu, Real VNC Server dan Real VNC Viewer (Client).
- VNC Server hendaklah dijalankan pada komputer yang hendak di remote.
- VNC Viewer hendaklah dijalankan pada komputer yang membuat remote terhadap komputer yang telah menjalankan VNC Server.
Kenapa Gagal Menggunakan Real VNC?
- Terdapat beberapa perkara yang anda perlu perhatikan sebelum / semasa menggunakan Real VNC.
- pastikan network yang digunakan adalah berkeadaan baik (stabil dan laju).
- pastikan firewall tidak block applikasi Real VNC.
- pastikan anda masukkan IP komputer dan password yang betul. (buat ping test dulu)
- jalankan Real VNC Server dahulu, baru jalankan Real VNC Viewer.
Fungsi-Fungsi Real VNC…
Anda boleh dapatkan perisian Real VNC versi percuma di sini -> download free Real VNC
* Boleh juga gunakan perisian ini untuk bergurau dengan rakan ![]()
* Jika ikon VNC pada systray Windows bertukar kepada warna lain (hitam), tandanya komputer anda sedang diperhatikan!
Related Posts:
Tags: perisian percuma, remote komputer
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>






kalau dalam linux aku suka guna rdesktop
syafiq.net´s last [type] ..hayao-miyazaki-via- flickrdancing in the rain
belum cuba lagi rdesktop, sebelum ni biasa guna vnc default je kt linux
ps: apasal website tak boleh bukak?
sy dh try mmg boleh..seronok kenakan member..hehe
tp connection via broadband x boleh ke?…atau ada cara utk setting vnc via broadband?…
tu dh panjang ceritanya.. dah tentu ler port awal2 kena block ngan firewall..
ps: jgn salah guna ye.. hehe ;p
salam….mcm mna nk gna sofware nie….blh terang dgn lebih jelas x…
sya dah cuba tpi xblh la
salam, insyaAllah bila berkesempatan nanti.
Aku tgh cari software camni tapi server dia boleh remote installation. Ada tak?
Khidhir´s last [type] ..Install Fedora Dual Boot Bersama Windows – Bahagian 2
mgkin ada, tapi mesti dia tanya login & password user utk komputer yg nak diremote dulu..
kalu nak remote server biasanya aku masuk login ssh ke server, pastu enablekan vnc kat server.. pastu baru remote vnc dari client.
nak tanye.. kalau kat makmal sy, buat auto ip camne ek?? heheh..
insyaAllah nanti saya tunjukkan software yg berkaitan
nak tanya sikit… kat rumah saya ada 3 pc, sy punya 1, 2 lagi anak guna, maklumlah dah pandai guna pc, software ape nak guna untuk sy dapat perhatikan ape yang anak-anak saya apabila dia pc tersebut malalui pc saya. risau juga ni……. zaman skrg kecik2 dah pandai
rod´s last [type] ..Perisian BatteryBar Untuk Laptop
guna software ni pun boleh, tak pun cctv.. hehe
cuba baca ni http://sufian.info/2011/10/per.....anak-anda/
kt umh sy pakai unifi sy check x ade ip cm ne nk connect ngn mmber yg lain…cm ne nk buat…kang letak ip no connection lak…
saya tak pernah guna unifi lagi.. tapi macam pelik gak kalu takde ip, kalau guna ipv6 pun masih ada ip.. mungkin hidden kot..
tapi kalau nak guna VNC ni, lebih senang dalam LAN yang sama, atau segment yang sama.. kalau WAN, mungkin kena tengok byk perkara lagi.. contohnya firewall dll…
walaupun izwan guna unifi, tapi saya dapat tau IP yang izwan guna masa taip komen ni.. 120.140.*.*