Terima kasih kerana melawat blog ini!

CD adalah salah satu storan yang digunakan bagi menyimpan data. Mudah dibawa, disimpan dan digunakan. Tetapi ia mudah rosak dan mungkin juga berkulat sekiranya tidak dijaga dengan sebaiknya. Sekiranya CD tersebut rosak, maka berkemungkinan semua data di dalam CD tersebut tidak dapat dibaca. Bagi CD multimedia (movie) pula, mungkin akan mengalami gangguan pada kualiti gambar atau tidak dapat dibaca langsung.

Namun sebenarnya CD tersebut masih ada peluang untuk dibaiki bergantung jenis kerosakan pada CD tersebut. Sebagai contoh, sekiranya CD tersebut patah atau mempunyai calar yang teruk, maka ia tidak dapat dibaiki langsung. Tetapi sekiranya CD tersebut berkulat atau mengalami calar yang tidak ketara, ada kemungkinan CD tersebut dapat dibaiki. Cara yang ingin saya tunjukkan bukanlah menjamin 100% CD dapat dibaiki, anda boleh cuba sendiri untuk memastikan CD tersebut dapat dibaiki ataupun tidak…


Cara Baiki CD Rosak

  1. Anda boleh gunakan cecair pengilap logam contohnya Brasso, bagi contoh gambar yang saya gunakan, saya menggunakan cecair pengilap kereta 100% polimer (contoh je, bukan nak promote 🙂 )
    1-baiki-cd
  2. Kemudian tuangkan sedikit cecair tersebut ke atas tisu.
    2-baiki-cd
  3. Gunakan tisu yang telah dibasahkan dengan cecair pengilap tadi, sapukan pada CD. Sebaiknya dengan corak bulatan (seperti kita mencuci muka menggunakan cecair pelembap :p )
    3-baiki-cd
  4. Setelah 5 saat cecair itu telah kering, sapu CD dengan tisu bersih yang lain. Kemudian uji CD anda samada boleh digunakan lagi atau tidak…

Related Posts:

Tags:

RSS feed | Trackback URI

8 Comments »

Comment by papabear
2011-03-22 10:03:24

memang boleh kalau calar dia tak dalam. kalau dalam wassalam je la..

Comment by sufian
2011-03-24 11:14:32

tu yg kena cuba dulu tu..

 
 
Comment by Khidhir
2011-03-23 00:47:55

first time tgk org kilatkan cd guna pengilap kereta. nice info..

Comment by sufian
2011-03-24 11:16:09

guna apa yg ada jee..

 
 
Comment by Mentol Bulat
2011-03-23 17:04:30

Nie nak cuba untung2 menjadik byk cd gua yang hancus leh gunakan cara ne… yesss

Comment by sufian
2011-03-24 11:17:16

untung2 boleh guna lagi..

 
 
Comment by decrewz
2011-03-24 10:07:12

Owh.. Baru Jai tau.. Bnk CD calar nak kena test nih..he3

Comment by sufian
2011-03-24 11:18:18

calar sket2 bleh ler, kalu byk sgt mungkin tak boleh..

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong> in your comment.

CommentLuv badge

Trackback responses to this post

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>