Terima kasih kerana melawat blog ini!
Walaupun pada masa kini, penghantaran dan perkongsian data dapat dilakukan secara live network, tetapi kadangkala kita terpaksa untuk menggunakan kaedah lama iaitu menghubungkan 2 komputer secara direct network menggunakan cable. Sebagai contoh, kita perlu membuat penyambungan diantara 2 komputer bagi tujuan perkongsian data (file sharing) atau back-up data, atau mungkin juga untuk setting LAN Game (Counter Strike, World of War, …). Memang benar bahawa penggunaan media terkini contohnya pendrive, external hard disk lebih mudah. Tetapi adakalanya terdapat situasi kita terpaksa juga membuat penyambungan terhadap 2 komputer menggunakan cara lama, iaitu menggunakan media cable network UTP.
Cara Sambung 2 Komputer Guna Cable Network
- Setkan Private IP Address bagi kedua-dua komputer. Contohnya komputer A menggunakan IP 192.168.0.1 dan komputer B menggunakan IP 192.168.0.2

- Kemudian hubungkan kedua-dua komputer tersebut menggunakan cross cable network (UTP Cable). Cara ringkas untuk mengenali cross cable ini ialah, susunan warna bagi kedua-dua hujung cable adalah berbeza.

- Buat ujian network pertama: Icon Local Area Network adalah menyala (tiada simbol pangkah)

- Buat ujian network kedua: buka command mode (Start > Run > taip “cmd”), dan taip arahan ping kepada komputer satu lagi.
Contoh komputer 1 ping komputer 2: ping 192.168.0.2
Sekiranya ada reply, ia menandakan network berkeadaan baik.

- Tukar domain / workgroup kedua-dua komputer kepada 1 workgroup yang sama, contohnya “workgroup1″.

- Pada salah satu komputer, buat “sharing folders” terhadap data yang hendak dikongsi atau diback-up.
- Sekarang anda boleh berkongsi data diantara kedua-dua komputer tersebut. Cara untuk buka “sharing folders” pada komputer satu lagi ialah dengan membuka “My Network Places” atau cara pantas, buka menu “Run”, taip “\\
“.
Contoh: \\192.168.0.2 - Masukkan ID dan password administrator apabila diminta…

Antara sebab kenapa komputer tidak berjaya disambungkan
- Firewall komputer block applikasi servis “files/printer sharing”.
Penyelesaian: Cara mudah, OFF kan firewall komputer buat sementara waktu. - Komputer tiada password Administrator.
Penyelesaian: Setkan password Administrator.
Related Posts:
Tags: cara backup data, troubleshooting
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>

kalau x silap sy, boleh menggunakan “windows easy transfer”, start – accessories – system tools – windows easy transfer…
o ye ke.. terima kasih. Saya baru perasan.. hehe
guna router je.. hehe..
tak mampu beli bang.. hehe
Dulu-dulu belajar wat bende ni pasal nak main game ngan member. huhu..
ye, lupa nak cakap. cara ni pun boleh buat untuk buat LAN Game..
salam, ade x care lain yg lebih senang…
nk wat lan game
start – accessories – system tools – windows easy transfer…
boleh ke windows easy transfer main lan game
sori tersilap jawab.. windows easy transfer tu rasanya utk transfer / share file je.. kalu nak setting LAN game kena ikut step kat atas tu..
* pastikan kesemua IP komputer dalam segment yang sama k..
assalamualaikum…
saya nk format n install windows xp dlm hdd ide western digital tp tak boleh…
bila selesai set up is loading files akan keluar the files ntfs.sys is corrupted. press any key to continue…banyak kali saya try tp mcm tu jgk..
apa masalahnya?harap blh bantu…
waalaikumsalam wm, sori lambat jawab,
saya pernah jumpa masalah ni, tapi tak ingat saya buat camne. check dulu samada bios detect atau tak hard disk tu.. check juga jumper betul atau tak..
hard disk baru ke, hard disk recycle?
leh ajar pakai wireless x?
insyaAllah.. hujung tahun ni bz bangat :p
salam,,apa function wireless network cable dgn plag kat dinding tu,,bole gune x?
tu cara sambung komputer guna wireless, tak perlu lah guna cara cable ni kalau dah ada wireless network.
setting ip kedua2 komputer dalam segment yang sama, kemudian setting “Share Folder via network…”
macamana nak menembusi website yg dah kene block..cthnyer
facebook,,or youtube ke..
oo.. tu kena check kat internet.. macam2 cara tapi bergantung kepada situasi cara kita diblock..
tak semua cara sesuai digunakan sebab kena tahu dulu cara filter pada network tu..
kalau dulu block pada address website, tapi sekarang dah boleh block guna pattern signature application yg digunakan..
Kalau guna connectify lagi senang.Plag network cable kat komputer 1 dan komputer 2 pastu setting kat connectify dan tekan start hotspot.lagi senang!!!
tumpang tanya cara ni boleh buat untuk windows yang sama ke atau windos yang berbeza?sebab sekarang saya dminita untuk sharing komputer yg menggunakan windows xp dan windows 7