Terima kasih kerana melawat blog ini!
Bila belek-belek CD-CD Game lama, terjumpa pula game Thief The Dark Project. Memang seronok bila teringat masa dulu-dulu, sewaktu kemaruk main game. Cuba install semula game ni PC, walaupun skill dah tak macam dulu lagi..
Masalahnya baru je 5 minit running game ni, tiba-tiba game thief ni hang pula!! Terpaksa tekan Alt+Tab untuk hentikan program ni. Rupa-rupanya bukan game ni sahaja yang jadi masalah seperti ini, tetapi hampir semua game lama keluaran Eidos Entertainment akan jadi masalah yang sama. Setelah diperiksa, ada kemungkinan punca masalah ini adalah disebabkan game lama ini tidak compatible dengan dual processor yang digunakan. Penyelesaian adalah seperti di bawah:
Menyelesaikan Masalah Game Lama Thief Yang Hang
- Install dan Run Game
- Sebaik sahaja menu game tersebut muncul, tekan “Ctrl + Shift + Esc” untuk membuka “Windows Task Manager” secara pantas. Pilih tab “Processes”.
- Cari nama file program game tersebut, contohnya “Thief.exe”
- Right Click Mouse pada nama file tersebut, pilih “Set Affinity…”
- Pada paparan Processor Affinity tersebut, setting supaya hanya pilih satu processor sahaja. Klik OK.
- Tekan “Alt + Tab” untuk kembali semula kepada game tadi. Anda boleh main game ini seperti biasa…
Related Posts:
Tags: game lama, troubleshooting
Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>
ingatkan dual core boleh main semua game..hehehe
game lama belum tentu!
Masalahny sekarang yang terjadi di komputer saya adalah ternyata, memori gak memnuhi, jadi jalnnya program ini agak putus-putus
kalau masalah tu, terpaksa upgrade komputer / RAM nya..