Terima kasih kerana melawat blog ini!

Selalunya apabila beralih menggunakan sistem operasi Ubuntu, kerapkali pengguna akan mengalami masalah untuk menggunakan beberapa perisian yang compatible dengan Windows tetapi tidak compatible dengan Linux (Ubuntu) pula. Silap-silap kepala pun jadi buntu kerana tiada satu pun program yang boleh digunakan sekiranya selama ini hanya bergantung kepada Windows sahaja.

logo-wine-hq

Namun, sebenarnya masalah ini masih boleh diatasi dengan menggunakan perisian “orang tengah” diantara program yang compatible dengan Windows dengan sistem operasi Ubuntu. Perisian yang dimaksudkan ialah WINE. Walaupun namanya kurang sedap untuk disebut, tetapi ia hanya nama perisian sahaja, ia tiada kaitan langsung dengan air setan dan seumpamanya πŸ™‚



Saya tidak jamin semua perisian boleh diinstall pada program WINE, tetapi selalunya program stand-alone biasanya tiada masalah, kadangkala network program pun tiada masalah. Contoh perisian yang boleh diinstallasi pada program Wine ialah perisian Adobe Photoshop, game Counter Strike, game Crisis, game DOS dan lain-lain. Senang cerita anda boleh cuba dahulu untuk melihat hasil keberkesanannya.

Cara Install Program WINE pada Ubuntu:

  1. Buka terminal command mode
  2. Taip sudo apt-get install wine
  3. Ikut arahan sehingga selesai installasi (perlu talian internet)

Cara Install Program Windows pada Program WINE:

  1. Right Click pada file “.exe” perisian windows tersebut > Klik “Properties” > Pilih “Permissions” tab > Tick pada “Allow executing file as program” > Klik “OK”
    Ubah-Permissions-File
  2. Double Click pada file “.exe” perisian windows tersebut
  3. Pilih program Wine untuk jalankan installasi perisian tersebut
  4. Buka Perisian yang telah diinstallasi pada Menu Ubuntu: Applications > Wine > …

Related Posts:

Tags: ,

RSS feed | Trackback URI

8 Comments »

Comment by papabear
2011-03-04 09:33:18

wine… canggih nama…

btw, dah like your fb fanpage… kalau sudi, silalah join fb fanpage kami pulak.. thanks πŸ™‚

Comment by sufian
2011-03-04 23:36:28

thanks, insyaAllah selepas balik outstation nanti πŸ™‚

 
 
Comment by Khidhir Subscribed to comments via email
2011-03-04 23:41:03

aku guna wine ni mula2 coz nak install microsoft word. Tapi tak mudah gak tu. Boleh membuatkan aku garu kepala yg tak gatal.. Tapi kalau program simple2 mmg ok. wine ni mmg byk jasa dia kalau org yg baru nak berjinak2 dgn Linux. Bagus artikel ni..

Comment by sufian
2011-03-07 09:06:14

tu yg aku galakkan try dulu, bukan suma software sama..
tapi kebanyakan software yg aku nak guna memang ok je guna wine ni

 
 
Comment by Ali ridha
2011-03-05 22:03:58

masalah ni aku dapat selesai dah.
winehq ni tak semua benda dia akan
jadi 100% menjadi.

linux ni kan benda percuma.apa nak
kecoh kan.

Comment by sufian
2011-03-07 09:09:02

kita bagi solution, org nak guna atau tak tu terpulang πŸ™‚

 
 
Comment by IzwanIsaac
2011-11-06 21:41:09

Wine bleh support broadband dongle software ke x??

macam sekarang aku pakai YES 4G…kebiasaannya software broadband nih dia autorun install…

hope bleh tolong….tq

Comment by sufian
2011-11-09 03:47:16

tak berani nak kata, kena cuba dulu baru tahu.. autorun memang takde, tapi kena click kat execute file tu untuk install…
belum pernah merasa lagi guna yes 4g tu..

cuba check kat google, mungkin ada cara boleh connect direct pada ubuntu, tanpa guna wine.
contohnya streamyx boleh direct connect kat ubuntu, tanpa guna software streamyx..

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong> in your comment.

CommentLuv badge

Trackback responses to this post

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>