Terima kasih kerana melawat blog ini!

Pada masa kini, kerap kedengaran ramai yang tertipu dengan website-website palsu, terutama website perbankan contohnya Maybank2u, CIMB Clicks dan lain-lain. Tidak dinafikan bahawa tidak semua pengguna IT yang benar-benar mempunyai kesedaran mengenai kaedah keselamatan menggunakan kemudahan internet.

Pada masa yang sama, institusi perbankan juga berusaha untuk meningkatkan tahap keselamatan website masing-masing. Namun, ia masih perlu kerjasama pengguna untuk berhati-hati semasa menggunakannya.

Sebagai contoh, maybank2u telah pun memberikan amaran bahawa maybank2u tidak sekali-kali akan memohon maklumat peribadi / perbankan daripada pengguna melalui telefon, email atau SMS.

penipuan-maybank2u-1



Maka, sekiranya kita menerima email yang menyatakan ia dari maybank2u, apabila dibuka email tersebut, isi email tersebut meminta supaya kita klik pada link maybank2u tersebut bagi tujuan-tujuan tertentu – Sebenarnya ini adalah contoh email palsu yang ingin mencuri maklumat perbankan kita dan seterusnya ingin mencuri duit kita!!!

penipuan-maybank2u-3

penipuan-maybank2u-4

Maka, apabila kita klik pada link maybank2u tersebut, maka kita akan membuka website maybank2u palsu seperti di bawah. Pada zahirnya, ia sama sahaja dengan website Maybank2u, tetapi apabila kita lihat domain website tersebut, ia bukanlah domain maybank2u.com.my !!!

penipuan-maybank2u-2

Oleh itu, tips untuk mengenali website tersebut sahih atau palsu ialah dengan memastikan terlebih dahulu domain tersebut betul atau tidak…

Untuk melihat contoh lain penipuan maybank2u, anda boleh klik di sini -> Penipuan Maybank2u (Phishing)

Related Posts:

  • No Related Posts

Tags: ,

RSS feed | Trackback URI

3 Comments »

Comment by Khidhir
2011-07-10 23:13:37

peringatan yg baik kpd semua pengguna internet

Comment by sufian
2011-07-19 04:19:16

peringatan rasanya dah banyak, tapi bila baca paper masih ada lagi yg terkena..

 
 
Comment by Saiful Sarwan Subscribed to comments via email
2013-11-25 16:02:43

Satu perkongsian yang berguna terutamanya mereka yang menggunakan sistem perbankan internet

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong> in your comment.

CommentLuv badge

Trackback responses to this post

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>