Terima kasih kerana melawat blog ini!

front-panel

Ada yang bertanyakan kepada saya cara untuk memasang jumper front panel. Saya tidak dapat menerangkannya secara keseluruhan kerana jumper front panel adalah tidak sama / standard diantara semua motherboard. Tambahan pula penerangan secara berdepan adalah lebih mudah difahami berbanding secara penerangan di blog ini, namun saya berikan sedikit tips pemasangan jumper front panel serba sedikit agar boleh dijadikan panduan.

Biasanya setiap motherboard ada memberikan petunjuk pemasangan jumper front panel, tetapi adalah lebih mudah sekiranya anda merujuk buku manual motherboard sekiranya ada. Anda juga tidak perlu risau sekiranya tersilap memasang jumper tersebut kerana sekiranya kesilapan berlaku, biasanya ia hanya menyebabkan sesuatu fungsi front panel itu tidak boleh digunakan sahaja.


Contoh 1 Pemasangan Jumper Front Panel

frontpanel_legend

  • Pin X dan 9 – Untuk memastikan anda melihat pin front panel pada kedudukan yang betul.
  • Pin 1 dan 3 – Untuk Lampu LED semasa hard disk dibaca.
  • Pin 2 dan 4 – Untuk Lampu LED semasa komputer sedang ON Power.
  • Pin 5 dan 7 – Untuk fungsi button reset.
  • Pin 6 dan 8 – Untuk fungsi button ON komputer.

Contoh 2 Pemasangan Jumper Front Panel

front-panel-motherboard

  • 4 pin warna oren – Untuk jumper speaker.
  • 2 pin warna merah – Untuk fungsi button ON komputer.
  • 2 pin warna hijau tua – Untuk fungsi button reset.
  • 2 pin warna hijau muda – Untuk Lampu LED semasa komputer sedang ON Power.
  • 2 pin warna biru – Untuk Lampu LED semasa hard disk dibaca.

Related Posts:

Tags: ,

RSS feed | Trackback URI

3 Comments »

Comment by WR
2011-10-12 10:02:45

thanks bari faham skit2…kdg tersilap jugak pasang benda alah nie..;)

Comment by sufian
2011-12-31 15:32:21

tersilap sket pun takpe, tak merosakkan cuma tak berfungsi je.. :)

 
 
Comment by dani
2012-07-26 21:44:53

…….gan tolong saya.d komputerku ada pesan “eror loading oprating system” uda d coba instal ulang masih ttp za pesan tu ada…mohon solusinya gan makasih banyak

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

CommentLuv badge

Trackback responses to this post

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>