Perisian Don’t Sleep Untuk Atasi Masalah Automatik Stand-by, Hibernate…

Pada artikel yang lepas saya menerangkan fungsi hibernate dan fungsi stand-by, saya menekankan agar anda berhati-hati membuat setting laptop sekiranya laptop tersebut digunakan untuk membuat presentation, taklimat, seminar dan sebagainya…

Pada kali ini, saya ingin menerangkan perisian Don’t Sleep pula. Perisian Don’t Sleep adalah perisian yang boleh digunakan untuk mengelakkan system Shutdown, Stand By, Turn Off , Restart, Hibernate. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengelakkan komputer Logging Off dan mengelakkan deactivate paparan monitor atau mengelakkan screen saver.

Perisian-Dont-Sleep

Anda boleh download perisian ini di sini -> Perisian Don’t Sleep




Related Posts:

Berhati-Hati Windows Hibernate / Stand By

shift-hibernate

Pada ketika bersekolah dahulu, teringat subjek biologi yang menerangkan “hibernasi” (hibernate) yang memberikan contoh katak kutub yang melakukan aktiviti hibernasi semasa musim sejuk, dengan cara tersebut katak kutub itu dapat mengurangkan aktiviti yang menggunakan tenaga, kurang makan dan hanya membatukan diri sahaja seperti mati, tapi sebenarnya masih bernyawa. Oleh itu, tenaga dapat dijimatkan.

Fungsi Hibernate / Stand-By

Sama juga konsep hibernate pada komputer pada masa kini. Ia bertujuan dapat menjimatkan tenaga elektrik sekiranya komputer tidak aktif digunakan. Tujuan hibernate dan stand-by adalah sama, tetapi proses yang dilakukan adalah berbeza. Dengan melaksanakan hibernate / stand-by, komputer masih tidak dimatikan walaupun pada zahirnya nampak komputer telah pun padam (seperti shut-down). Untuk menggunakannya semula, pengguna perlu tekan butang ON sahaja.
(Klik untuk baca seterusnya…)

Related Posts:

Promosi Hostgator Hosting Murah 1 hari! (4hb Julai)

Pada hari ini (4hb Julai 2011), Hostgator Hosting memberikan diskaun 40% terhadap pakej hosting yang diberikan. Sekiranya anda berminat untuk menggunakan hostgator, jangan lepaskan peluang untuk daftar hosting hostgator pada hari ini juga. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi…

hostgator-promo

Klik di sini untuk mendaftar -> Daftar Hostgator

Kenapa Saya Guna Hostgator Hosting?

* Anda boleh daftar hosting sahaja dahulu, berkenaan domain saya boleh bantu kemudian…




Related Posts:

Senaman Untuk Pengguna Komputer

Saya sebenarnya tidak berapa sihat kebelakangan ini, mungkin juga ada kaitan dengan diri yang kurang bersenam.. hehe

Bagi anda yang terlalu obses dengan komputer, dinasihatkan juga supaya jangan lupa bersenam. Terlalu lama mengadap komputer pun berbahaya juga…

senaman-komputer

Selamat mencuba 🙂




Related Posts:

Cara Untuk Mengenali Website Palsu

Pada masa kini, kerap kedengaran ramai yang tertipu dengan website-website palsu, terutama website perbankan contohnya Maybank2u, CIMB Clicks dan lain-lain. Tidak dinafikan bahawa tidak semua pengguna IT yang benar-benar mempunyai kesedaran mengenai kaedah keselamatan menggunakan kemudahan internet.

Pada masa yang sama, institusi perbankan juga berusaha untuk meningkatkan tahap keselamatan website masing-masing. Namun, ia masih perlu kerjasama pengguna untuk berhati-hati semasa menggunakannya.

Sebagai contoh, maybank2u telah pun memberikan amaran bahawa maybank2u tidak sekali-kali akan memohon maklumat peribadi / perbankan daripada pengguna melalui telefon, email atau SMS.

penipuan-maybank2u-1

(Klik sini untuk baca seterusnya…)

Related Posts:

  • No Related Posts