Panduan Installasi Windows – Siri 2

Setelah proses installasi windows awal telah berjaya tanpa ada masalah, ini bermakna perkakasan komputer kita adalah berkeadaan baik dan bersedia untuk menjalankan proses installasi windows yang seterusnya.

Membuat Partition Hard Disk

gambar-windows-partition

Sebelum anda melaksanakan proses ini, dinasihatkan supaya anda memastikan anda telah membuat back-up data pada hard disk terlebih dahulu!

Ini kerana apa yang anda lakukan pada ketika ini, akan di“ingat” oleh komputer dan operasi seterusnya akan mengikut sahaja apa yang anda lakukan, walaupun anda tersilap sedikit sahaja, itu juga akan dilaksanakan pada operasi seterusnya..

Sebagai contoh, sekiranya anda berhasrat untuk jadikan partition sediada drive C:\ untuk windows, manakala terdapat data pada drive D:\ , sekiranya anda “bermain-main” untuk delete semua partition, kemudian jadikan sama seperti asal semula, tetapi hasilnya data pada drive D:\ telah hilang! Ini kerana komputer hanya mengikut sahaja apa yang anda lakukan tadi. Oleh itu sekiranya hard disk anda sebegini, hanya ubah partition selain drive D:\ yang mempunyai data…

Sekiranya hard disk anda kosong seperti baru dibeli (seperti gambar di atas), tiada apa yang perlu dirisaukan, teruskan sahaja seperti langkah di bawah:
Klik di sini untuk baca seterusnya…

Related Posts:

Panduan Installasi Windows – Siri 1

Sebelum ini saya terfikir saya tidak perlu meletakkan artikel sebegini, tetapi apabila teringat kisah lama; kawan saya yang biasa dengan komputer pun boleh terformat data pengguna di pejabat kerana tersilap langkah semasa membuat installasi windows, maka saya rasa terpanggil untuk buat artikel installasi windows juga. Disamping itu, boleh juga menjadi rujukan kepada pengunjung blog ini yang baru mempelajari berkenaan installasi sistem operasi.

Panduan installasi windows ini juga saya selitkan juga dengan beberapa tips, walaupun kita telah biasa membuat installasi windows, tetapi mungkin tidak perasan ada beberapa perkara juga perlu kita ketahui.

* Pada masa ini, saya menumpukan kepada windows dahulu, bab open source akan disentuh pada masa akan datang sekiranya berkesempatan. Mungkin ada yang bertanya kenapa windows xp, bukannya windows 7 yang lebih terkini? Sebenarnya saya hanyalah menerangkan konsep install windows, tidak kiralah apa jenis windows sekalipun, caranya hampir sama sahaja…

Klik di sini untuk baca seterusnya…

Related Posts:

Cara Cari Driver Windows di Internet – Siri 3

Sekiranya anda masih gagal juga cari driver motherboard setelah mengikuti kaedah pertama dan kedua yang lepas, maka saya sarankan anda gunakan kaedah ini pula. Bagi pengguna laptop, saya sememangnya faham masalah anda yang anda alami bagi mendapatkan driver yang sesuai. Bagi pengguna laptop terkini, sering bermasalah untuk mendapatkan driver motherboard, sekiranya ingin menggunakan Windows yang terkebelakang sedikit, contohnya Windows XP.

Bagi kaedah ke-3 ini pula, anda perlu memastikan talian internet anda laju ataupun tidak tersangkut-sangkut. Kerana file yang hendak di download adalah bersaiz besar.
Klik di sini untuk baca seterusnya…

Related Posts: