Fungsi Motherboard dan Panduan Pemilihan Motherboard

Pengertian Motherboard dan Fungsi Motherboard

Motherboard ataupun mobo ialah papan litar elektronik yang berfungsi untuk menghubungkan semua perkakasan komputer yang dipasang padanya. Dengan kata lain, fungsi motherboard ialah sebagai pusat semua perkakasan komputer agar semua perkakasan komputer dapat berhubung diantara satu sama lain. Sebagai contoh; processor, RAM, hard disk, optical drive, mouse, keyboard, monitor dan semua perkakasan komputer dipasang dan dihubungkan menggunakan motherboard.

Terdapat berbagai-bagai jenama dipasaran contohnya ASUS, Gigabyte, Foxconn, Abit, Biostar dan lain-lain lagi. Harganya pula berbeza mengikut jenama, chipset, built-in ports, built-in graphics, slot dan lain-lain. Terpulang kepada pengguna untuk membeli yang mana sesuai dengan keperluan masing-masing.

Namun, pembeli mestilah peka dengan ciri-ciri “compatible” dan mengikut arus teknologi semasa. Sekiranya pembeli tersilap memilih motherboard yang sesuai, maka pembeli akan menanggung risiko kerugian. Lebih malang lagi sekiranya motherboard tersebut tidak compatible dengan hardware komputer yang lain, maka motherboard tersebut tidak dapat digunakan. Walaupun biasanya motherboard mempunyai jaminan setahun, tetapi kesilapan memilih motherboard tidak termasuk didalam jaminan ini.

Panduan Memilih Motherboard

Bagi mengelakkan kesilapan memilih motherboard, adalah disarankan untuk mengikut panduan pemilihan motherboard seperti di bawah:

1 – Socket Processor
gambar socket processor
Sila klik di sini untuk baca seterusnya

Related Posts: