Terima kasih kerana melawat blog ini!

sufian on February 2nd, 2011

Logo-VirtualBox

Kini terdapat berbagai-bagai operating system yang boleh digunakan seperti Windows, Linux, Solaris, BSD, IBM OS/2… Sebut sahaja Windows mungkin kita terbayangkan Windows XP, Windows Vista, Windows 7. Jika Linux pula mungkin Ubuntu, Suse, Redhat dan berbagai-bagai lagi.

Pada masa dahulu, satu komputer biasanya ada satu operating system sahaja, tetapi kini anda boleh memasang lebih daripada satu operating system pada satu komputer. Ini adalah hasil daripada perkembangan teknologi dan terdapatnya komputer yang berspesifikasi tinggi bagi menyokong lebih daripada satu operating system.

Cara Memasang Lebih Operating System Dalam Satu Komputer

    Terdapat dua teknik bagi memasang lebih operating system pada komputer, iaitu:

  • Multi Boot
    – Terdapat dua atau lebih operating system dipasang pada komputer. Partition hard disk dibahagi-bahagikan mengikut keperluan operating systems. Tetapi hanya satu operating system sahaja digunakan pada satu-satu masa (boot).
  • Virtual Machine (Komputer Maya)
    – Terdapat dua atau lebih operating system dipasang pada satu operating system utama. Semua operating system boleh digunakan pada satu masa, tetapi komputer hendaklah mempunyai spesifikasi yang tinggi terutamanya Processor dan RAM. Terdapat banyak perisian bagi membuat virtual machine, contohnya VirtualBox, VMware, Microsoft Virtual PC dan lain-lain.

Kelebihan Menggunakan Virtual Machine

  • Anda boleh delete, copy (backup) operating system dengan mudah.
  • Sebarang masalah pada operating system didalam virtual machine tidak akan mengganggu operating system utama. Sebagai contoh; jika operating utama yang sedang digunakan ialah Windows, kemudian install Linux di dalam virtual machine. Sekiranya terdapat masalah pada Linux tersebut, ia tidak akan menjejaskan Windows.
  • Anda boleh tambah, buang apa-apa virtual operating system sesuka hati, tetapi operating system asal tetap ada. Contohnya kelas kursus komputer boleh install bermacam-macam operating system mengikut kursus yang akan dianjurkan. Setelah habis kursus, virtual operating system itu boleh dibuang dan hanya tinggal operating system yang asal sahaja. Senang kerja 🙂

(Klik di sini untuk baca seterusnya…)

Related Posts:

Tags: , ,

sufian on January 29th, 2011

Saya pernah menerangkan cara untuk reset / clear CMOS sebelum ini, tapi kali ini pula saya cuba menunjukkan cara untuk clear CMOS menggunakan perisian pula. Sebenarnya saya pun baru sahaja cuba-cuba untuk menggunakan perisian ini.

Perisian yang dimaksudkan ialah CMOS De-Animator. Ianya adalah percuma. Ia menyokong sistem operasi Windows. Hanya perlu download dan mulakan perisian ini seperti gambar di bawah:
gambar-cmos-deanimator
(Klik sini untuk baca seterusnya…)

Related Posts:

Tags: ,

sufian on January 26th, 2011

Baru-baru ini saya diminta untuk membaiki komputer yang rosak (masalah hang), setelah diperiksa didapati komputer tersebut tiada anti virus langsung . Saya tidak dapat berbuat apa-apa melainkan perlu membaikinya dengan menggunakan anti virus rescue disk. Apa maksud anti virus rescue disk? Kenapa perlu menggunakan antivirus rescue disk?

Definisi / Maksud Anti Virus Rescue Disk / System

Anti Virus Rescue Disk / System ialah program applikasi (biasanya menggunakan linux) bagi membolehkan komputer yang rosak (contoh: disebabkan serangan virus) dapat di access. Maka, setelah komputer di boot menggunakan anti virus rescue disk, kita berpeluang untuk membaiki kerosakan sistem, selamatkan data atau mengimbas virus dan membuang virus yang dijumpai.

Sebab Memerlukan Anti Virus Rescue Disk

  • Komputer hang atau
  • Semua program tidak berfungsi walaupun dibuka beberapa kali akibat serangan virus.

(Klik sini untuk baca seterusnya…)

Related Posts:

Tags: , , , ,

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>