Terima kasih kerana melawat blog ini!

sufian on January 24th, 2011

Informasi kali ini tiada kaitan dengan Pemasangan dan Penyelenggaraan Komputer 🙂

Hanya sekadar berkisar berkenaan percubaan meletakkan iklan nuffnang di blog ini..

nuffnang

Dulu kurang berminat dengan iklan-iklan sebegini kerana terasa sangat ia akan memberi kesan terhadap tempoh masa loading blog ini, tetapi sekarang nampak macam dah ok dan tidak memberi kesan sangat sekiranya nak buka blog..

Adakah nuffnang ni sebuah agensi pengiklanan di blog yang terbaik? Saya pun tidak tahu, pening juga nak membandingkan agensi pengiklanan berlambak-lambak di internet , cuma nuffnang ini nampaknya agak popular di Malaysia… dan sufian.info layak untuk daftar.. tidak perlu visitor traffics beribu-ribu sehari
(macam mustahil je 😀 ) .. harap-harap dapat cover kos hosting dan domains..

Agak menarik bagi mendaftar blog di nuffnang kerana ada pilihan untuk memilih iklan berunsur alkohol atau tidak… Yang penting jangan terklik iklan sendiri sudah, nanti kena ban pula..

Jika anda berminat untuk mencuba, boleh daftar di nuffnang.com.my

ps: hari ni exited dengan nuffnang sampai takde idea nak cerita pasal komputer.. sori ler.. 🙂

Related Posts:

Tags:

sufian on January 22nd, 2011

BIOS ialah program / perisian yang awal dilaksanakan apabila komputer dihidupkan. Konfigurasi berkenaan perkakasan komputer yang paling asas terdapat pada BIOS. Ia berfungsi dan bertujuan agar apa sahaja maklumat berkenaan perkakasan komputer yang dipasang pada motherboard akan dikenalpasti terlebih dahulu, kemudian mengenalpasti arahan awal yang perlu dilaksanakan, akhirnya barulah perisian sistem operasi sesebuah komputer dijalankan.

Tujuan Update BIOS

Perisian BIOS disimpan di dalam chip BIOS yang khas, merupakan program kekal yang dipasang pada komputer sejak dibuat di kilang lagi. Namun, bagi tujuan tertentu, perisian BIOS masih boleh di update (kemaskini) oleh pengguna.

    Diantara tujuan kenapa kita perlu update BIOS ialah:

  • Terdapat error “splash corrupt” pada BIOS.
  • Terdapat update terkini bagi menggantikan (upgrade) versi BIOS yang lama.
  • Sering berlaku masalah device yang tidak stabil disebabkan BIOS corrupt. Contohnya kadang-kadang USB port tidak dapat berfungsi (no detect), kadang-kadang ok pula.

(Klik sini untuk baca seterusnya…)

Related Posts:

Tags: , ,

sufian on January 19th, 2011

format-diskette-startup-disk
Masihkan anda ingat cara untuk buat system boot disk (MS-DOS startup disk) menggunakan disket floppy seperti gambar di atas? Boot Disk menggunakan disket floppy sering digunakan semasa penggunaan Windows 3.1 / 95 / 98 dahulu. Sekiranya anda mempunyai masalah untuk boot Windows, maka anda boleh gunakan disket floppy yang telah diinstallasi dengan perisian / program Windows system boot disk supaya komputer anda tidak hang begitu sahaja. Hasilnya komputer yang diboot menggunakan system boot disk ini akan dapat memulakan program MS-DOS, supaya anda boleh membetulkan ralat yang berlaku pada Windows boot.

Namun pada masa kini, rata-rata pengguna komputer tidak lagi menggunakan disket floppy! Kebanyakan pengguna hanya menggunakan pendrive bagi tujuan portable storage. Maka, bagi membuat system boot disk, pendrive digunakan bagi menggantikan disket floppy…
(Klik di sini untuk baca seterusnya…)

Related Posts:

Tags: ,

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>