Terima kasih kerana melawat blog ini!

sufian on December 7th, 2010

Bagi pengguna Windows 7 dan Windows Vista, sekiranya komputer anda mempunyai dual core / quad core / core 2 duo (multi processors…), anda boleh cuba trick di bawah supaya komputer anda lebih pantas menjalankan proses boot..

    Tweak Untuk Cepatkan Boot Windows

  1. Buka “Run” (Shortcut: Win + R)
  2. Taip “msconfig” (sama seperti cara yang ditunjukkan pada artikel yang lepas)
  3. Pilih menu “Boot”
  4. Pastikan operating system telah dipilih
  5. Klik pada Advanced Options
  6. Pilih Number of processors, pilih maksimum bilangan CPU core processors daripada senarai yang dipaparkan
  7. OK.. OK
  8. Restart komputer anda

Related Posts:

Tags: ,

sufian on December 2nd, 2010

Sekiranya selepas anda menaiktaraf perkakasan komputer anda, tetapi masih juga masalah komputer lembab berlaku. Maka tindakan seterusnya ialah dengan melihat kepada perisian operating system yang anda telah gunakan pula.

Kali ini saya tumpukan terhadap pengguna Windows terlebih dahulu, kerana kebanyakan masalah komputer lambat / lembap ini terjadi kepada pengguna Windows.

Punca:
Terlalu banyak start-up programs atau Start-Up Error

Biasanya masalah komputer lambat akan dapat diperhatikan semasa memulakan Windows. Akibat daripada tindakan pengguna yang banyak membuat installasi perisian tambahan, contohnya skype, yahoo messenger, real player dan lain-lain lagi, dan pada masa yang sama pengguna juga memilih default setting yang membenarkan program-program tersebut dilaksanakan semasa proses start-up komputer. Maka ia akan mengakibatkan komputer terpaksa menjalankan semua program tersebut satu-persatu. Lebih malang lagi program tersebut memerlukan penyambungan internet dan kapasiti RAM komputer juga adalah rendah.
Ralat “program is missing” semasa start-up juga boleh menambah lagi masalah ini!

Klik di sini untuk baca seterusnya…

Related Posts:

Tags: ,

sufian on November 28th, 2010

Diantara soalan yang sering ditanya berkenaan masalah komputer ialah “kenapa komputer saya lambat / lembap?”. Soalan ini memang selalu didengar, tapi jawapannya tidak semudah itu. Mungkin ada banyak jawapannya, mungkin saya tahu, mungkin juga saya tidak pernah tahu… Apa yang saya cuba terangkan adalah sebagai panduan sahaja, berdasarkan dari pengalaman saya yang tidak seberapa…

Punca Masalah: Spesifikasi Komputer Terlalu Lama

Klik di sini untuk baca seterusnya…

Related Posts:

Tags: , , ,

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>