Terima kasih kerana melawat blog ini!

sufian on November 5th, 2010

Bagi sesiapa yang bekerja yang sering terlibat dengan installasi operating system, kadangkala timbul pula rasa bosan. Sebagai contoh juruteknik komputer yang perlu membuat installasi Windows yang sama, berulang kali pada setiap hari. Sepertimana langkah-langkah installasi Windows yang telah saya tunjukkan.

Perkara yang amat membosankan ialah anda perlu tunggu installasi tersebut, lebih meletihkan lagi sekiranya komputer tersebut berspesifikasi rendah. Anda terpaksa tunggu untuk “setting network“, “setting domain“, installasi SATA drivers dan sebagainya. Jika sehari ada 50 komputer, seminggu?

Terdapat beberapa perisian open source yang anda boleh cuba untuk mengatasi masalah ini. Anda hanya perlu gunakan perisian ini untuk mengubahsuai CD / DVD Windows Installer anda.
Klik di sini untuk baca seterusnya…

Related Posts:

Tags: ,

sufian on October 15th, 2010

Mungkin ada yang telah biasa menggunakan universal travel adaptor, dan mungkin juga ada yang tidak pernah tahu pun mengenai alat ini. Universal Travel Adaptor / Travel World Plug ialah plug yang boleh diubah kepada berbagai-bagai jenis plug mengikut kesesuaian soket plug yang akan digunakan. Senang cerita, anda lihat sahaja gambar di bawah…

Universal Travel Adaptor

gambar-Travel-World-Plug
Ada berbagai-bagai jenis travel world plug, gambar di atas adalah sebagai contoh sahaja (yang saya gunakan).

Universal Travel Adaptor ini juga sangat diperlukan sekiranya kita hendak ke luar negara. Sekiranya kita hendak menggunakan peralatan elektrik contohnya mobile phone charger, notebook, dan sebagainya di negara lain, sedangkan peralatan tersebut mempunyai plug yang mengikut standard di Malaysia, tetapi plug points elektrik di sana menggunakan standard jenis plug di negara mereka sendiri, oleh itu kita boleh menggunakan Universal Travel Adaptor ini.
Klik di sini untuk baca seterusnya…

Related Posts:

  • No Related Posts

Tags: ,

Kebiasaannya apabila pengguna komputer mengalami masalah komputer, terutama sekali masalah yang melibatkan kerosakan yang menyebabkan pengguna tidak dapat menggunakan terus komputer, pengguna akan mencari penyelesaian yang segera dan mudah untuk dilaksanakan. Antaranya ialah mendapatkan bantuan baiki komputer dari kedai komputer.

Bagi pengguna, kadangkala duit bukan masalah utama, yang penting ialah supaya masalah dapat diatasi. Bagi tuan punya kedai komputer, inilah peluang yang menguntungkan. Sekiranya masalah komputer tersebut telah biasa dihadapi dan diselesaikan, ia adalah sesuatu kelebihan bagi kedai komputer kerana pasti komputer tersebut dapat dibaiki dengan mudah!

Teknik untuk membaiki komputer selalunya dapat diperolehi dari pengalaman, perbincangan, pembacaan dan lain-lain lagi. Oleh itu, kali ini saya ingin berkongsi pula sedikit teknik komputer yang mungkin boleh memberi manfaat kepada pengguna komputer ataupun tuan punya kedai komputer 🙂 :

Teknik Komputer 1: Masalah Windows Blue Screen Error

Klik di sini untuk baca seterusnya…

Related Posts:

Tags: , , ,

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini (http://sufian.info) adalah sumber rujukan artikel.
Contoh Script: <a href="http://Sufian.info/" title="Blog Sufian.Info">Blog Sufian.Info</a>