Panduan Cara Setting BIOS Siri 2

Artikel yang lepas telah menunjukkan cara untuk ke paparan bios configuration mode. Pada artikel kali ini pula adalah untuk menerangkan cara setting bios asas yang perlu kita tahu. Setiap pilihan bios setting bagi setiap komputer adalah berbeza, tetapi apa yang saya ingin tunjukkan adalah bios configuration yang umum bagi setiap komputer.
Klik sini untuk baca seterusnya…

Related Posts:

Panduan Cara Setting BIOS Siri 1

Gambar Cara Setting BIOS
Setelah komputer dihidupkan, operasi pertama yang dilakukan oleh komputer ialah menjalankan proses POST supaya komputer dapat mengenal setiap perkakasan komputer yang telah dipasang. Sekiranya komputer tersebut gagal mengeluarkan paparan proses POST, maka kita perlu memeriksa punca komputer tersebut tidak beroperasi dengan segera kerana berkemungkinan perkakasan utama seperti processor, RAM dan motherboard berkemungkinan bermasalah. Kita juga boleh mengesan kerosakan ini dengan cara mengenalpasti “beep error code” yang terhasil.

Tujuan Setting BIOS

Sekiranya komputer tersebut dapat beroperasi dengan baik, kita bolehlah membuat setting BIOS sekiranya perlu. Kebiasaanya kita perlu memilih setting BIOS sekiranya:

  • untuk melihat spesifikasi perkakasan komputer
  • untuk mengubah setting bios supaya tahap komputer (performance) dapat ditingkat secara optimum (contoh: tetapkan kelajuan RAM, kelajuan graphics card, shared memory, …)
  • untuk mengubah “first boot” sebelum membuat installasi operating system (cth: linux, windows, freebsd,…)
  • overclocking processor
  • menetapkan bios password
  • mengesan kerosakan perkakasan komputer, dan macam-macam lagi…

Peringatan Sebelum Setting BIOS

Adalah dinasihatkan supaya kita tidak mengubah setting BIOS sekiranya kita tidak pasti mengenai setting tersebut, kerana ini boleh menyebabkan komputer tersebut beroperasi dengan setting yang salah atau boleh menyebabkan masalah “hang”. Sekiranya kita tersilap setting, kita boleh kembali kepada setting yang asal dengan cara membuat pilihan “restore factory setting” pada BIOS atau membuat kaedah “reset cmos” yang telah diterangkan sebelum ini.

Klik di sini untuk baca seterusnya…

Related Posts: