Panduan Pemasangan Motherboard

Motherboard adalah komponen asas bagi komputer. Motherboard perlu dipasang terlebih dahulu sebelum pemasangan komponen-komponen komputer yang lain.

Setelah mendapatkan motherboard yang sesuai, buka kotak motherboard dengan berhati-hati dan ikuti langkah-langkah pemasangan seperti di bawah:

Langkah-langkah pemasangan motherboard

1. Kenalpasti lokasi rear panel cover. Pasang rear panel cover dari dalam casing. Gunakan test pen atau screw driver minus bersaiz kecil untuk memasang rear panel cover.

gambar back panel





gambar pasang back panel

gambar pasang back panel

2. Kenalpasti lokasi stud dan lubang untuk dimasukkan screw motherboard.

gambar stud

gambar kedudukan skru motherboard

3. Masukkan motherboard dengan cara memasukkan motherboard ke dalam rear panel cover terlebih dahulu. Berhati-hati supaya tiada komponen motherboad yang patah/rosak dengan cara memegang bahagian tepi casing sahaja.

gambar pasang motherboard

gambar pasang motherboard

4. Gerakkan motherboard ke arah lokasi lubang screw yang betul.

gambar lubang motherboard

5. Screw motherboard dengan menggunakan screw driver dan jenis screw yang betul. Untuk memudahkan kerja, sila screw mengikut susunan yang bertentangan terlebih dahulu (seperti memasang roda kereta), kemudian baru ketatkan semua screw.

gambar skru motherboard

6. Pastikan screw yang dipasang tidak longgar supaya motherboard tidak tertanggal. Pastikan juga screw yang dipasang tidak terlalu ketat supaya tidak merosakkan/memecahkan motherboard.

gambar skru motherboard

7. Motherboard telah siap dipasang. Periksa semula bagi memastikan tiada kesilapan dilakukan.

siap pasang motherboard

siap pasang back panel

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

9 thoughts on “Panduan Pemasangan Motherboard”

  1. hehe..saya hendak bina PC barulaa, jadi adakah boleh socket 478 pada motherboard ASRock P4i65G diletakkan CPU intel core duo atau intel core i3/i5/i7?? sebelum ini letak intel pemtium D/4..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *