Diagram Motherboard

diagram motherboard




Sebelum kita membincangkan lebih jauh mengenai komputer, saya lebih suka untuk menekankan pemahaman mengenai proses operasi motherboard terlebih dahulu. Motherboard merupakan tapak / asas bagi pemasangan sesebuah komputer. Dengan mengetahui perkara asas dengan lebih mendalam terlebih dahulu, ia dapat memudahkan pemahaman terhadap teori dan amali selanjutnya.

Umumnya, motherboard dibina mengikut diagram seperti yang ditunjukkan diatas.

Lihat pula gambar sebenar motherboard seperti di bawah dan cuba kenalpasti komponen yang terlibat. Umumnya, setiap komponen-komponen pada motherboard di bawah adalah dihubungkan diantara satu sama lain, mengikut prosedur diagram motherboard yang sama.

gambar motherboard

Saya cuba menerangkan komponen utama motherboard terlebih dahulu, dan komponen seterusnya akan cuba diterangkan pada artikel seterusnya.

 

Komponen Komputer Pada Motherboard dan Fungsinya:

1. Socket Processor

Socket Processor terletak di sudut atas motherboard (pastikan kita melihat motherboard pada kedudukan yang betul). Socket Processor dihubungkan kepada Northbridge Chipset. Socket Processor mestilah berdekatan dengan Northbridge Chipset supaya kadar penghantaran data yang diproses dapat dilakukan dengan pantas.

2. RAM Slot (Memory Slot)

RAM slot terletak di sudut kanan motherboard. RAM Slot juga terletak berdekatan dengan Northbridge Chipset supaya ingatan dapat dicapai dengan pantas pada setiap masa.

3. Graphics Card Slot

Graphics Card Slot juga berdekatan dengan Northbridge Chipset supaya gambar/paparan pada monitor dapat dihasilkan dengan pantas pada setiap masa.

4. Northbridge Chipset

Northbridge Chipset (di sudut atas motherboard) adalah satu IC pada motherboard yang ditugaskan untuk menjalankan fungsi-fungsi utama dalam sebuah komputer. Ada berbagai jenama, diantaranya ialah Intel, Sis, VIA. Kebanyakan motherboard terkini dilengkapi penyejuk khas untuk chipset ini kerana bebanan tugas yang dilakukan pada setiap masa, menyebabkan chipset ini sangat memerlukan sistem peyejuk khas. Dengan adanya northbridge chipset, maka komponen utama seperti Processor, RAM dan Graphic Card dapat diurus dan dihubungkan kepada komponen-komponen motherboard yang lain.

5. Southbridge Chipset

Sothbridge Chipset (di sudut bawah motherboard) disambungkan kepada Northbridge Chipset, bagi tujuan penghantaran data kepada komponen-komponen kecil yang lain. Operasi penghantaran data di chipset ini adalah kurang pantas sedikit berbanding northbridge chipset. Chipset ini melakukan penghantaran data pada masa-masa tertentu yang diperlukan.


Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

10 thoughts on “Diagram Motherboard”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *