BIOS dan Kegunaannya

AMI BIOS

BIOS POST Test

BIOS (Basic Input Output System) ialah koleksi program/pengaturcaraan yang dijalankan sebaik sahaja komputer dihidupkan. Program ini telah dimasukkan ke dalam BIOS Flash ROM / Chip semasa proses membuat motherboard di kilang. BIOS chip menyimpan ingatan ROM, ini bermaksud ingatan BIOS hanyalah boleh di baca sahaja (read), bukan untuk diubah/ditambah (write). Ingatan BIOS adalah bersifat kekal, ini bermaksud program BIOS masih kekal disimpan walaupun suis komputer dimatikan.

Bagi memudahkan kita memahami fungsi BIOS yang asas, kita dapati bahawa setiap kali komputer kita dihidupkan, maka paparan monitor akan menunjukkan seperti gambar di atas. Dari paparan tersebut kita dapat lihat bahawa program BIOS berfungsi untuk mengesan setiap perkakasan komputer yang dipasang mengikut turutan yang telah ditetapkan. Contoh perkakasan komputer yang dikesan semasa proses POST (Power On Self Test) ialah Processor, RAM dan Hard Disk.

Fungsi BIOS:

    a. Memulakan (initialize) mengenal perkakasan ketika komputer dihidupkan.
    c. Menjalankan operating system (Windows, Linux, …)
    d. Sebagai “orang tengah” diantara perkakasan dan perisian.

Terdapat beberapa settings pada BIOS yang boleh kita tetapkan, dan settings ini disimpan selagi bateri CMOS pada motherboard masih berfungsi. Gambar di bawah menunjukkan paparan BIOS Setup Utility bagi menetapkan BIOS setting. Cara-cara menetapkan BIOS setting telah diterangkan pada artikel seterusnya.

Gambar BIOS Setup Screen

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

9 thoughts on “BIOS dan Kegunaannya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *