Pada setiap motherboard terdapat satu bateri yang dipasang padanya. Bentuknya bulat, sama seperti bateri yang digunakan pada sesetengah jam. Bateri ini dinamakan bateri CMOS (Complementary Metal Oxide Semiconductor).
Sekiranya bateri ini tidak dipasang pada motherboard atau kuasa bateri telah lemah, maka error akan wujud semasa proses POST komputer. Sekiranya komputer masih di”paksa” untuk terus beroperasi tanpa menggunakan bateri CMOS, maka komputer tersebut akan menggunakan BIOS “default setting”.
Fungsi Bateri CMOS
Fungsi utama bateri CMOS ialah:
1. Untuk menyimpan masa komputer (time setting).
2. Untuk menyimpan BIOS settings.
Biasanya bateri cmos akan lemah setelah 5 tahun digunakan atau komputer tersebut sering di “force shutdown”. Sekiranya anda mendapati bateri cmos telah lemah, dapatkan sahaja gantian bateri cmos di kedai komputer atau di kedai jam.
maaf mas bagai mana cara mengecek kalau batrey cmos itu lemah atau tidaknya?
biasanya kita dapat tahu jika:
1. masa / clock bertukar ke tahun yang lepas (1990an, 2000)
2. ada error semasa proses POST – “checksum error”
3. setting BIOS sentiasa kembali ke default, walaupun telah diubah setting BIOS beberapa kali.
Maaf saya ni baru dalam bidang IT ni, saya nak tanya bateri CMOS tu cara tukar dia just cabut yang lama dan masukkan yang baru ke?
ye..tapi jangan lupa lak tutup dulu suis komputer/plug..
Bagaimana maksud ‘force shutdown’ tu? Adakah sebab tekan power button atau sebab tiba2 off power supply.
.-= Shahrul´s last blog ..Relay =-.
sekarang dah guna power supply ATX (nanti saya terangkan lagi), so takde masalah kalau tekan button power button tu..
tapi kalau “blackout” atau off power kat plug tu, sebelum windows betul2 shutdown -> tu yang boleh merosakkan komponen dalaman pc..