Fungsi RAM, Jenis dan Spesifikasinya

Fungsi RAM

RAM (Random Access Memory) ialah salah satu ingatan utama bagi komputer. Lokasi RAM adalah berdekatan dengan processor. Ini penting supaya data diantara RAM dan processor dapat dihantar dengan pantas. Anda boleh kenalpasti kedudukan RAM bagi mendapat gambaran yang lebih jelas.

Fungsi RAM ialah untuk memegang arahan dan data yang akan diproses oleh processor. RAM bersifat volatile, iaitu bermaksud data yang disimpan oleh RAM akan hilang apabila komputer dimatikan.

Sebagai contoh untuk anda mudah memahami maksud fungsi RAM, pada waktu anda buka blog ini, RAM komputer anda sedang diisi dengan data yang memaparkan blog ini. Namun, ianya akan hilang dari RAM sekiranya komputer dimatikan (Sebab itu kita memerlukan storage bagi tujuan penyimpanan data).

Antara jenama RAM yang terdapat dipasaran ialah Kingston, Corsair, Hynix, Apacer dan lain-lain lagi.

Jenis-Jenis RAM

EDO (Enhanced Data Output)

Gambar EDO RAM
  • mesti dipasang berpasang-pasangan
  • 1 notch (alur pada kaki RAM)
  • digunakan pada komputer lama (90an)

RD (Rambus Dynamic)

Gambar RDRAM
  • 232 pin
  • ada heat sink (sistem penyejuk khas)
  • mesti dipasang berpasang-pasangan
  • digunakan pada komputer lama (1999, 2000, …)

SD (Synchronous Dynamic)

Gambar RAM SDRAM
  • 168pin
  • 2 notch
  • Kelajuan: 100MHz, 133MHz
  • Kapasiti Maksimum: 512MB

DDR (Double Data Rate)

Gambar DDR-RAM
  • 184 pin
  • 1 notch
  • Kelajuan: 266MHz (PC2100), 333MHz (PC2700), 400MHz (PC3200)
  • Kapasiti Maksimum: 1GB (ada chip pada lapisan depan dan belakang RAM)

DDR II

Gambar DDR2-RAM
  • 240 pin
  • 1 notch (tetapi berbeza dengan DDR, lubang notch ke kiri sedikit)
  • Kelajuan: 533MHz (PC4200), 667MHz (PC5300), 800MHz (PC6400)
  • Kapasiti Maksimum: 2GB

DDR III

Gambar DDR3-RAM
  • 240 pin
  • 1 notch (tetapi berbeza dengan DDR dan DDR2, lubang notch lebih ke kiri lagi)
  • Kelajuan: 1333MHz (PC10666), …
  • Kapasiti Maksimum: 4GB

Istilah SODIMM (Small Outline Dual In-Line Memory Module) adalah RAM untuk notebook /laptop.

Istilah SIMM (Single In-line Memory Module) merujuk kepada RAM lama, contohnya EDO RAM yang mempunyai sebelah kaki RAM sahaja yang aktif (berfungsi). SIMM mempunyai 30 pin atau 72 pin. SIMM 30 pin memerlukan 4 keping RAM dipasang pada motherboard manakala SIMM 72 pin memerlukan sekurang-kurangnya 2 keping RAM dipasang pada motherboard.

Istilah DIMM (Dual In-line Memory Module) merujuk kepada RAM lebih terkini dari SIMM, contohnya DDR RAM dimana kedua-dua permukaan modul RAM itu adalah aktif (berfungsi). DIMM mempunyai 168 pin (84 x 2) dan hanya memerlukan sekeping RAM sahaja untuk beroperasi.

Istilah DDR (Double Data Rate SDRAM) pula mempunyai ciri-ciri yang sama dengan SDRAM, tetapi mempunyai 184 pin dan kelajuannya lebih pantas dari SDRAM.

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

91 thoughts on “Fungsi RAM, Jenis dan Spesifikasinya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *