Pada artikel yang lepas, saya telah menunjukkan cara memasang motherboard. Kebiasaannya, selepas itu kita pasang processor pula. Kemudian barulah pemasangan RAM pula dilakukan.
Bagi memasang prosessor, kita mestilah menentukan jenis dan no soket processor yang sesuai terlebih dahulu. Sekiranya nombor soket processor tidak berpadanan dengan motherboard, maka processor tersebut tidak dapat dipasang kerana tidak bersesuaian.
Pasang Processor:
Cara Untuk Menentukan/Mencari Nombor Soket Processor Yang Sesuai
1. Rujuk pada buku manual motherboard anda. Anda akan dapat maklumat tersebut dengan terperinci dan mudah.
2. Sekiranya buku manual motherboard telah hilang, maka anda boleh mencari nombor soket processor tersebut pada motherboard. Cara ini leceh sedikit terutama kepada mereka yang rabun. Anda boleh gunakan lampu suluh dan kanta pembesar bagi memudahkan kerja anda.
Anda bernasib baik jika nombor soket processor pada motherboard anda senang dilihat. Tetapi ada juga sesetengah motherboard yang susah untuk melihat nombor soket processornya kerana lokasinya yang tersorok seperti gambar di bawah…
Dari contoh gambar di atas, maka kita dapati bahawa nombor soket processornya adalah LGA775, khas untuk processor jenis intel.
wah..tahun bila tu? belajar repair pc ni memang kena godek2 selalu..hilang boring jika jumpa ilmu baru, jumpa client baru..hehe
.-= sufian´s last blog ..Panduan Pemasangan Processor Siri 1 =-.
berape kali kandas daaa….sifu pertama 1996/1997 kot(pas tu dah tak duduk menyewa bersama lagi)……sifu kedua 2003/2004,sifu tukar kerjaya pulak,dok layan forex!!!
aku ni jenis lembab,bro…..tu pasal tak lulus lagi pasal godek-godek ni 🙁
betul tu bro….aku ada jugak follow sifu gi wat keje….macam-macam perangai client yang boleh jumpe 🙂
.-= sangilapi´s last blog ..rezeki ibu =-.
ok le tu..lagi banyak guru, lagi expert!
ps:/ingat lagi 1st godek pc dulu, habis rosak hard disk ngan monitor! data hilang, nasib baik pc sendiri..
bro,bila baca blog ni menimbulkan nostalgia buat aku…..pernah jugak belajar godek-godek komputer ni tapi sekadar sekerat jalan 🙁
.-= sangilapi´s last blog ..rezeki ibu =-.