Saya telah menunjukkan cara mengenali jenis soket processor dan cara memasang prosessor pada artikel yang lepas. Sekarang kita perlu memasang kipas processor pula.
Pasang Processor:
Langkah-langkah pemasangan kipas processor intel
1. Pastikan processor telah dipasang dengan betul. Kemudian ambil kipas processor dan pastikan kipas processor adalah berkedudukan yang betul (tidak terbalik). Contoh kipas processor di bawah, adalah kipas processor berjenis intel.
Kipas processor intel adalah lebih susah dipasang berbanding AMD (pada ketika ini). Ini kerana kunci pada kaki kipas processor ini susah sedikit hendak dipasang dan mudah patah. Maka kita perlu berhati-hati…
2. Pastikan kunci kaki kipas processor di buka supaya kunci kaki kipas processor berbentuk tirus. (Gambar belum disertakan)
3. Masukkan kipas processor pada motherboard. Pastikan anak panah pada kunci kipas processor dipusing ke arah kipas, kerana ini menunjukkan “unlock”.
4. Pastikan bahagian plastik pada kaki kipas processor rapat pada motherboard. Ulang pada kaki kipas processor yang lain. Anda boleh gunakan “test pen” untuk merapatkannya.
5. Tekan dua kunci kipas processor (ada anak panah) yang bertentangan, secara serentak. Ulang pada dua kunci kaki processor yang lain.
6. Pusing anak panah pada kunci kipas processor kepada kedudukan “lock” (lawan arah anak panah). Kunci secara bersilang seperti susunan memasang roda kereta. Tekan sedikit kipas processor supaya kipas processor masih rapat dengan motherboard.
7. Uji kipas processor samada telah ketat dipasang atau belum.
8. Kenalpasti kedudukan “jumper CPU Fan”, untuk memasang “power connector” kipas processor, pada motherboard. Anda boleh rujuk buku manual motherboard atau cari petunjuk terus pada motherboard.
9. Pasang “power connector” untuk kipas processor.
10. Prosessor telah siap dipasang. 🙂
bguihla blogni bagi kte rujukan terima ksihla kc tunjuk ajar
ajar serba sedikit yang mana tau je..
slm..
sy masih study
dan info yg diberi amat membantu
cuma disini..
kalo boleh sy nk copy pic yg ada
tp cam na cranya ye?
coz ini untuk tujuan rasmi
right click pada gambar dan copy je..
ok tq bro..
k 🙂