Panduan Pemasangan Processor Siri 3

Saya telah menunjukkan cara mengenali jenis soket processor dan cara memasang prosessor pada artikel yang lepas. Sekarang kita perlu memasang kipas processor pula.

Pasang Processor:

Langkah-langkah pemasangan kipas processor intel

1. Pastikan processor telah dipasang dengan betul. Kemudian ambil kipas processor dan pastikan kipas processor adalah berkedudukan yang betul (tidak terbalik). Contoh kipas processor di bawah, adalah kipas processor berjenis intel.

Kipas processor intel adalah lebih susah dipasang berbanding AMD (pada ketika ini). Ini kerana kunci pada kaki kipas processor ini susah sedikit hendak dipasang dan mudah patah. Maka kita perlu berhati-hati…

Gambar Kedudukan Kipas Processor

2. Pastikan kunci kaki kipas processor di buka supaya kunci kaki kipas processor berbentuk tirus. (Gambar belum disertakan)

3. Masukkan kipas processor pada motherboard. Pastikan anak panah pada kunci kipas processor dipusing ke arah kipas, kerana ini menunjukkan “unlock”.

Gambar Pasang Kipas Processor 1

Gambar Kunci Kaki Processor "Unlock"

4. Pastikan bahagian plastik pada kaki kipas processor rapat pada motherboard. Ulang pada kaki kipas processor yang lain. Anda boleh gunakan “test pen” untuk merapatkannya.

Gambar Rapat Kipas Processor

5. Tekan dua kunci kipas processor (ada anak panah) yang bertentangan, secara serentak. Ulang pada dua kunci kaki processor yang lain.

Gambar Tekan Kipas Processor

6. Pusing anak panah pada kunci kipas processor kepada kedudukan “lock” (lawan arah anak panah). Kunci secara bersilang seperti susunan memasang roda kereta. Tekan sedikit kipas processor supaya kipas processor masih rapat dengan motherboard.

Gambar Kunci Kipas Processor

Gambar Kedudukan "Lock" Kipas Processor

7. Uji kipas processor samada telah ketat dipasang atau belum.

Gambar Uji Kipas Processor

8. Kenalpasti kedudukan “jumper CPU Fan”, untuk memasang “power connector” kipas processor, pada motherboard. Anda boleh rujuk buku manual motherboard atau cari petunjuk terus pada motherboard.

Gambar Lokasi Jumper Kipas Processor

9. Pasang “power connector” untuk kipas processor.

Gambar Pasang Jumper CPU Fan

10. Prosessor telah siap dipasang. 🙂

Gambar Siap Pasang Processor

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

14 thoughts on “Panduan Pemasangan Processor Siri 3”

  1. ok tq jawapan bro..
    mtk suggestion dri bro,thermal jenis apa yg bagus utk proc yg
    sentiasa hi-load gaming?..sy nk tkr yg ada skrg ke amd 64×2 6000+(3.0ghz)..n cdg nk OC…

    1. ada murah, ada mahal (buat dari emas pun ada).. mana2 bleh, yg penting ganti baru bila dah jadi hitam (bercarbon).. buat maintenance bila dah sampai masa

  2. salam..very good info bro..

    btw,nk tnya : thermal paste@grease tu just letak sikit je ke mcm dlm pic kt atas tu?..bkn kena letak penuh permukaan cpu tu ke?..

    tq…

    1. salam,

      kalu baru beli memang dah satu permukaan, tapi nipis… kita buka sticker dan letak processor atasnya..

      kalu kita letak sendiri, letak sikit macam gambar di atas, cukup utk touch antara processor dan fan..
      kalau terlebih, silikon tu akan merebak ke kaki, akhirnya processor tak dapat berfungsi pulak nanti..
      kalu letak sikit, nanti akan merebak cukup utk permukaan je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *