Kita telah pun mengetahui jenis-jenis RAM, fungsi RAM, contoh kegunaan RAM, spesifikasi RAM pada artikel yang lepas – “Fungsi RAM dan Spesifikasinya”. Kali ini, saya cuba menunjukkan cara bagaimana untuk memasang RAM pada motherboard.
Keperluan Pemasangan RAM
RAM adalah berbentuk kad, dan dipasang secara slot. Tiada driver (perisian driver) diperlukan, hanya pasang dan hidupkan komputer untuk menguji RAM yang telah dipasang.
Sebelum itu, diingatkan supaya kita mematuhi langkah-langkah keselamatan.
Langkah keselamatan paling utama – pastikan suis komputer dimatikan terlebih dahulu. Pegang RAM dengan cermat, seperti gambar yang ditunjukkan, hanya pegang di bahagian tepi RAM sahaja.
Langkah-Langkah Pemasangan RAM
Buka klip pada slot RAM.
Kenalpasti susunan slot keutamaan pemasangan RAM. Bagi sesetengah motherboard, kita perlu memasang RAM mengikut keutamaan slot supaya ia berfungsi.
Kenalpasti penanda untuk notch RAM. Ini penting supaya kita tidak silap semasa memasang RAM.
Pegang sisi RAM dengan cermat. Masukkan ke alur RAM dengan betul. Pastikan arah RAM adalah betul dengan melihat kedudukan notch RAM. Juga pastikan slot RAM utama yang perlu digunakan terlebih dahulu.
Tekan RAM seperti gambar di atas. Jika ada masalah, periksa semula kedudukan RAM.
Jika RAM yang dipasang betul, RAM mestilah rapat ke dalam slot RAM. Klip RAM juga akan tertutup dengan sendiri sekiranya pemasangan RAM adalah betul.
16 thoughts on “Panduan Pemasangan RAM”