Cara “Reset CMOS” dan Kenapa Perlu “Reset CMOS”?

Gambar Reset Cmos Jumper

Biasanya setiap motherboard mempunyai button atau jumper untuk Reset CMOS. Reset CMOS bermaksud mengembalikan setting BIOS kepada default setting (konfigurasi asal BIOS semasa dibuat di kilang).

Cara Reset CMOS:

a) Kaedah Button
– Padam komputer. Tekan button Reset CMOS.

b) Kaedah Jumper
– Padam komputer. Alihkan jumper kepada kedudukan Reset CMOS beberapa saat. Kemudain alihkan semula jumper kepada kedudukan asal. (Rujuk Manual Motherboard berkenaan jumper setting).

c) Kaedah Biasa
– Padam komputer. Keluarkan bateri CMOS selama 5 saat. Masukkan semula bateri ke tempatnya.

d) Kaedah BIOS Setting
– Memilih option BIOS “reset factory setting” seperti yang telah diterangkan di sini.

Sebab Perlu Reset CMOS

Biasanya pengguna tidak perlu untuk membuat “Reset CMOS” kecuali atas sebab-sebab tertentu, contohnya:

a) Terlupa password BIOS.
b) Tersilap setting BIOS sehingga terlupa untuk membuat setting yang asal.
c) Komputer ‘hang’ disebabkan kesilapan setting BIOS.
d) Komputer ‘hang’ disebabkan ‘overclocking‘ yang tidak sesuai (not compatible).

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

32 thoughts on “Cara “Reset CMOS” dan Kenapa Perlu “Reset CMOS”?”

  1. Salam sy nk tnya kalau betry cmos condame
    Atau bahasa saintifiknya betery kon..he3…laptop tidak tidak hidup…akan terjadi sebegini ker..tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *