Panduan Memilih Graphics Card

Gambar Graphics Card

Graphics Card semestinya akan dapat memberikan kepuasan kepada pengguna komputer yang sangat mementingkan ciri-ciri grafik. Kadangkala graphics card amat perlu bagi memastikan beberapa perisian komputer dapat digunakan (support).

Contohnya graphics card adalah diperlukan bagi situasi di bawah:
1. Bagi pengguna perisian komputer 3D / mapping seperti MapInfo, ArcGIS.
2. Bagi pengguna perisian permainan komputer 3D seperti Call 0f Duty, Crysis, Prince of Persia.
3. Bagi pengguna komputer yang bekerja dalam bidang rekabentuk graphic.

Oleh itu, sekiranya saya diminta untuk menentukan spesifikasi komputer, saya lebih suka melihat keperluan pengguna komputer itu sendiri. Sekiranya hanya menggunakan komputer untuk menaip surat dan membaca email, emmm…lebih baik gunakan sahaja komputer berspesifikasi rendah yang tiada graphics card tambahan.


Gambar Logo ATI RADEON

Gambar Logo nVidia Geforce

Umumnya, terdapat 2 jenis graphics card di pasaran, iaitu ATI Radeon dan nVidia Geforce. Masing-masing mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Contohnya gamers lebih sukakan ATI Radeon berbanding GeForce. Kenapa ya? Anda boleh tanya sendiri kaki games.. (saya dah pencen main game 🙂 )

Sebelum itu, anda perlu mempunyai budget yang besar untuk membeli graphics card. Kerana jika anda hanya mahu membeli graphics card yang murah, saya rasa ia tidak perlu kerana built-in graphics card bersama motherboard juga telah memiliki spesifikasi yang baik, pada masa kini.

Pastikan juga anda mengikut teknologi semasa bagi memastikan kualiti grafik yang terbaik, contohnya anda sepatutnya memilih graphics card PCI-E seperti yang telah diterangkan pada artikel yang lepas. Terdapat banyak pengeluar graphics card di pasaran contohnya ASUS, Albatron, Foxconn, Galaxy, Gecube, Gigabyte, Saphire, Biostar, Forsa, …

Kelajuan Graphics Card

Bagi memilih kelajuan graphics card, anda boleh merujuk kepada spesifikasinya, contohnya 64bit, 128bit, 256bit, …

 

Ingatan Grafik

Graphics card juga mempunyai kelebihannya tersendiri berbanding built-in graphics card, iaitu ia mempunyai RAM khas untuk menyokong grafik sahaja. Contohnya 256MB, 512MB, 1GB memory.

 

Pastikan graphics card tersebut mempunya port HDMI sebagai output, kerana kebanyakan komputer pada masa ini memerlukan penyambungan menggunakan HDMI cable. Sekiranya perlu, anda boleh juga melihat port DVI atau TV output, bergantung kepada keperluan anda.

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

10 thoughts on “Panduan Memilih Graphics Card”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *