Pemasangan Graphic Card

Setelah kita mendapatkan graphics card yang sesuai dengan motherboard, kita boleh memasang graphics card tersebut seperti contoh di bawah:

Pasang Graphic Card

1. Ini adalah contoh kotak graphic card. Spesifikasi graphic card ada dinyatakan pada kotaknya.

Gambar Kotak Graphic Card






2. Ini adalah contoh graphic card yang hendak dipasang. Graphic card ini adalah jenis PCI Express (PCIE).

Gambar Kad Grafik PCIE

3. Kenalpasti slot PCIE pada motherboard.

Gambar Slot PCIE

4. Buka kunci pada slot PCIE untuk memasukkan graphic card.

Gambar Kunci Kad Graphik PCIE

5. Masukkan graphic card mengikut alur yang betul. Lubang pada slot PCIE berpadanan dengan kaki connector pada graphic card tersebut.

Gambar Pasang Kad Grafik

6. Tekan sedikit dan pastikan kaki graphic card telah masuk dengan betul ke dalam slot PCIE. Kunci slot PCIE pada graphic card tersebut.

Gambar Pemasangan Kad Grafik

7. Skrew graphic card pada casing komputer.

Gambar Skrew Kad Grafik

Gambar Skrew Kad Grafik 2

8. Sambungkan cable RGB / DVI dari monitor ke graphic card. Uji pemasangan graphic card yang telah dibuat. Pastikan anda menyambung cable RGB / DVI kepada graphic card yang telah dipasang, bukannya port graphic built-in pada motherboard.

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

6 thoughts on “Pemasangan Graphic Card”

  1. BAng..Graphic card nih kena ikut ram punya ddr kan? kalau ram ddr3 maknanya graphic card pon kena pasang ddr 3 jugak ke?

    1. setakat yg saya pernah guna, graphic card tidak bergantung pada PSU, yg penting PSU sesuai dengan motherboard, bererti sesuai jugak dengan graphic card port.

      bagi extreme graphic card, contohnya ATI Crossfire atau SLI Geforce, memang kena tengok supportnya terhadap PSU, kerana ia memerlukan 2 unit connector khas dari PSU, iaitu connector 6 pin…saya tak pernah guna, tapi kawan saya (hardcore gamer) ada menggunakannya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *