Terdapat berbagai-bagai komponen komputer yang menggunakan SATA. Untuk mengenali penyambungan jenis SATA, sila lihat cable / port SATA seperti gambar-gambar di bawah.
Mengenali Cable SATA
Mengenali Port SATA pada Motherboard
Gambar SATA Port Pada Hard Disk
Gambar Power Molex / Connector Untuk SATA
Pemasangan Hard Disk SATA
* Pastikan motherboard dan hard disk telah dipasang dengan betul terlebih dahulu.
1. Kenalpasti bentuk “L” pada hujung cable SATA.
2. Pasang hujung cable SATA, pada port SATA pada motherboard. Gunakan port terawal (SATA-0) untuk hard disk.
3. Kenalpasti bentuk “L” pada hujung power connector untuk SATA (dari power supply).
4. Pasang Power Connector pada port Hard Disk SATA.
5. Pasang pula cable SATA yang disambungkan pada port di motherboard.
6. Hard Disk SATA telah siap dipasang.
Pemasangan komponen komputer yang menggunakan SATA nyata lebih mudah. Inilah adalah salah satu kelebihan SATA yang menyebabkan ramai pengguna lebih menyukai teknologi SATA berbanding IDE. Namun, kita masih perlu mengetahui teknologi IDE juga kerana masih terdapat komputer yang masih menggunakan IDE.
Kita boleh menguji pemasangan yang telah dilakukan dengan melihat paparan POST atau melihat pada konfigurasi BIOS.
apakah semua komputer mempunyai serial ATA????
komputer lama ada yang tiada SATA port..
tapi komputer (motherboard) terkini memang dah ada port SATA
oo ic.. pc baru 2thn hdd lama 80gb sata.. mybe pwr sply tk cukup TQ Bro..
ok 🙂
aslmkum bro pertanyaan..
Saya ada beli satu hardisk sata 1.5 tb. nak tambah kan jadi hdd yg kedua. saya dh pasang cable power dan cable sata tapi tak berfungsi lah.. kenapa ya.. power suply saya 250 watt…
salam,
tu pc lama ke? sebab power supply sekrg ni selalunya sekitar 450watt..
pastikan cabling betul, pastu test pada BIOS, tgk samada detect atau tak
salam bro pertanyaan .saya ada dua permasalahan??
1. bagaimana saya nak tambah satu lagi harddisk sata dalam pc saya
2. hd pertama dah ada os dan hd kedua masih kosong..bagaimana nak saya masukan os pada hd kedua dan hd pertama di jadikan second hardisk (free os)
salam,
1. biasanya setiap mobo dah siap ada 2 atau 4 port sata.. jadi gunakan port yg lain utk tambah hdd sata
2. ada cara mudah, guna ghost (saya belum terangkan lagi) dimana semua data dalam hdd pertama di salin ke hdd kedua,
pastu jadikan hdd pertama kpd secondary dgn tukar ke port sata #1 (atau #2),
pastu jadikan hdd kedua kpd primary dgn tukar ke port sata #0 (atau #1).
* kalau tiada data yg nak di backup, tukar sahaja port sata, pastu install os pd hdd kedua tu (masa ni dah jadi hdd pertama)..
Yup, mmg senang dan x de setting Master/Slave pd hard disk.
tensen banyak kali hilang jumper hard disk, guna sata tak payah fikir2 jumper, tgk port kat mobo jer..