Mengenali IDE (PATA) Cable
Definasi: IDE (Integrated Drive / Device Electronics) ialah cable bus yang digunakan untuk menghubungkan hard disk (juga cd drive , floppy drive) kepada motherboard.
IDE cable juga disebut sebagai PATA (Parallel Advanced Technology Attachment) iaitu cable ATA berjenis selari.
Mengenali SATA
Definasi: SATA (Serial ATA) pula adalah teknologi terbaru bagi menggantikan IDE. Kegunaannya sama seperti IDE, tetapi mempunyai banyak kelebihan berbanding IDE.
Kenapa Perlu Beralih Kepada Teknologi SATA?
Pada masa ini, kebanyakan peranti / device dipasaran adalah lebih tertumpu kepada SATA berbanding IDE. Dari pemerhatian saya juga, berkemungkinan besar pada suatu masa nanti IDE tidak akan dikeluarkan lagi. Kita dapat lihat motherboard, hard disk, dvd drive dan seumpamanya jenis SATA telah semakin banyak dikeluarkan oleh di kilang berbanding IDE yang semakin sukar untuk didapati pada masa kini.
Kelebihan Teknologi SATA berbanding IDE
- Penyambungan / Pemasangan yang sangat mudah berbanding IDE.
Dengan IDE, kita perlu membuat “jumper setting” yang betul dan aturan prosedut master-slave yang betul, tetapi dengan SATA kita hanya sambungkan mengikut port yang betul sahaja. - SATA sesuai untuk membaca hard disk berkapasiti besar dengan pantas.
- SATA menggunakan tenaga elektrik (power consumption) yang kurang berbanding IDE.
Sebab itu kita dapati hard disk IDE cepat panas apabila digunakan, tetapi hard disk SATA masih tidak panas walaupun telah lama digunakan. - Pemasangan SATA lebih kemas dan menjimatkan ruang di dalam casing komputer.
Dengan adanya ruang yang lebih di dalam casing, maka aliran udara lebih baik bagi mengurangkan haba di dalam casing.
Perbandingan SATA dan IDE (PATA)
Ciri Perbandingan |
SATA | IDE (PATA) |
Panjang cable |
1 meter | 18 inci |
Kelajuan penghantaran data |
SATA 1.5 = 150MBps SATA 3.0 = 300MBps |
Maksimum 133MBps |
Bilangan cable pin |
7 pin | 40 pin / 80 pin |
Bilangan power pin |
15 pin | 4 pin |
Data transfer wire |
2 wire | 26 wire |
Power consumption |
250 mV | 5V |
Hot Swap | Ya | Tidak |
Daripada jadual di atas, kita dapat lihat bahawa penyambungan jenis SATA mempunyai banyak kelebihan berbanding penyambungan jenis PATA (IDE). Oleh itu, tidak hairanlah jika PATA semakin kurang digunakan pada masa kini.
11 thoughts on “Kelebihan SATA Berbanding IDE (PATA)”