Membetulkan Pin Jumper Front Panel (Power LED)

Motherboard perlu dipasang pada casing komputer, bagi pemilihan motherboard biasanya kita lihat pada casing, bagi pemilihan casing biasanya kita pilih ikut rekabentuk casing yang kita minat. Tetapi kita perlu berhati-hati juga semasa memilih casing komputer kerana kadangkala terdapat rekabentuk casing yang menyusahkan pengguna, contohnya casing yang nampak luarnya cantik, tapi nak pasang hard disk pun sempit kerana terlalu rapat dengan motherboard!

Kadangkala, ada juga casing yang mempunyai kelainan sedikit, tetapi tidaklah menjadi permasalahan sangat, cuma kita perlu ubahsuai sedikit. Kali ini saya ingin membawakan contoh pin jumper front panel pada casing yang berbeza sedikit daripada biasa, seperti gambar di bawah, selalunya pin jumper untuk Power LED adalah bersebelahan, tetapi kali ini nampak ia berselang 1 ruang pula. Ini mungkin kerana terdapat casing yang mempunyai setting front panel sebegitu. (Kalau tidak faham apa yang saya terangkan ini, lihat sahaja gambar-gambar berikut).




Masalah pin wire untuk jumper Power LED Front Panel yang berselang:

Wire front panel berselang

Cara Untuk Membetulkan wire front panel

Cungkil kunci penyambung jumper
Cungkil kunci wayar front panel connector dengan menggunakan test pen / screw driver.

Keluarkan wire connector front panel
Keluarkan 1 wayar front panel connector.

Masukkan wire
Masukkan wayar front panel connector tadi menjadi bersebelahan dengan wayar sedia ada.

frontpanel_legend
Pasang front panel connector tadi mengikut petunjuk yang sepatutnya (ditunjukkan pada motherboard atau di dalam buku manual motherboard).

Gambar Modify Jumper

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *