Mengenali Power Supply / Motherboard ATX dan AT

computer-power-supply

Mungkin ramai yang biasa mendengar power supply, saya rasa tidak perlulah saya menerangkannya lagi. Cuma kali ini saya ingin menerangkan teknologi AT dan ATX yang bersangkutan dengan pemilihan power supply dan motherboard.

Mengenali AT

AT bermaksud Advanced Technology, iaitu teknologi yang kebanyakannya digunakan pada zaman Windows 95 / 98 dahulu. Paling mudah untuk anda mengenalinya, semasa kita hendak shutdown windows, maka paparan seperti di bawah akan muncul. Kemudian barulah kita OFF suis komputer secara manual. Masih ingat lagi paparan ini?

win95 shutdown

Mengenali ATX

ATX bermaksud Advanced Technology Extended. Dengan kata lain, ATX adalah teknologi terkini bagi menggantikan AT. Ada banyak kelebihan ATX berbanding AT, terutamanya dari segi kecekapan (performance) motherboard. Bagi untuk mengenalinya, mudah sahaja. Lihat pada power supply, anda akan dapati ada tambahan 4 pin 12v, kebiasaannya wayar berwarna kuning dan hitam. Salah satu kegunaannya ialah sebagai stand-by power, sekiranya anda “shutdown” windows, maka komputer akan dimatikan secara automatik (tanpa ada paparan seperti contoh AT di atas).

4 pin 12v ATX

ATX_Pins

Oleh itu, pastikan anda memilih power supply yang betul.

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

12 thoughts on “Mengenali Power Supply / Motherboard ATX dan AT”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *