Panduan Cara Setting BIOS Siri 2

Artikel yang lepas telah menunjukkan cara untuk ke paparan bios configuration mode. Pada artikel kali ini pula adalah untuk menerangkan cara setting bios asas yang perlu kita tahu. Setiap pilihan bios setting bagi setiap komputer adalah berbeza, tetapi apa yang saya ingin tunjukkan adalah bios configuration yang umum bagi setiap komputer.




Cara Setting / Konfigurasi BIOS

    Pada paparan utama bios, terdapat beberapa pilihan menu utama:

    1. Standard CMOS Features
    2. Advanced BIOS Features
    3. Advanced Chipset Features
    4. Integrated Peripherals
    5. Power Management Setup
    6. PnP/PCI Configuration
    7. PC Health Status
    8. Load Fail-Safe Defaults (Load Factory Setting)
    9. Load Optimized Defaults
    10. Set Supervisor Password
    11. Set User Password
    12. Save & Exit Setup
    13. Exit Without Saving
    Konfigurasi BIOS hanyalah menggunakan keyboard, manakala mouse tidak diperlukan. Sesetengah PC lama tidak boleh menggunakan / detect keyboard USB, oleh itu sila gunakan keyboard PS/2 bagi tujuan setting BIOS.
    Arahan keyboard ditunjukkan di sudut bawah menu paparan BIOS. Contohnya tekan butang “Escape” untuk keluar dari paparan BIOS, “F10” untuk save konfigurasi yang telah dibuat dan keluar dari paparan BIOS.
    • Setting BIOS yang telah dibuat, akan kekal disimpan selagi

bateri cmos

    masih berfungsi.

Menu Standard CMOS Features

Gambar Menu BIOS

Gambar Screenshot BIOS Standard CMOS Features

    Disini, kita boleh membuat perubahan konfigurasi masa, tarikh, enable/disable perkakasan komputer (hard disk, dvd drive, …), melihat spesifikasi hard disk pada komputer, mengesan kerosakan hard disk, melihat spesifikasi cd / dvd drive pada komputer dan seumpamanya.
    Kita juga boleh melihat spesifikasi spesifikasi komputer (processor, ram) dan membuat troubleshooting perkakasan komputer yang telah dipasang (hard disk, dvd drive, …)

Menu Advanced BIOS Features

Gambar Secreenshot BIOS Advanced BIOS Features

Gambar Screenshot BIOS Tukar First Boot

Gambar Screenshot BIOS Tukar First Boot 2

Gambar Screenshot BIOS Tukar First Boot 3

Gambar Screenshot BIOS Tukar First Boot 3

    • Pada menu ini, kita boleh membuat perubahan

konfigurasi kepada boot priority

    , cache, security option, ….
    Kebiasaannya kita perlu membuat perubahan konfigurasi kepada boot priority terutamanya untuk memulakan proses installasi operating system (windows, linux, …) yang memerlukan komputer di boot dari cd/dvd drive.

Advanced Chipset Features

Gambar Screenshot BIOS Advanced Chipset Features

Gambar Screenshot BIOS Overclocking Setting

Gambar Screenshot BIOS RAM Setting

    • Menu ini pula kebiasaannya digunakan untuk mengubah konfigurasi berkenaan “

overclocking processor

    • “,

ram setting

    , graphic card setting, share memory dan lain-lain lagi.

PC Health Status

Gambar Screenshot BIOS PC Health Status

Gambar Screenshot BIOS PC Health Status 2

    Disini anda boleh melihat suhu processor, kelajuan kipas processor dan seumpanya. Anda juga boleh membuat pilihan tindakan segera sekiranya processor telah mencapai suhu yang tinggi.

Set Supervisor Password

Gambar Screenshot BIOS Set Supervisor Password
Sekiranya anda mahu konfigurasi BIOS yang telah dibuat supaya tidak diubah oleh orang lain, anda boleh meletakkan password. Tetapi harus diingat bahawa password ini boleh padam sekiranya tindakan “reset cmos” dilakukan.

Load Factory Setting

Anda boleh kembali kepada setting BIOS asal (factory default), sekiranya anda telah tersilap setting BIOS dan ingin kembali kepada konfigurasi asal BIOS.


Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

19 thoughts on “Panduan Cara Setting BIOS Siri 2”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *