Mungkin kita pernah melihat salah satu “Connection” pada komputer kita ialah “1394 Connection“ seperti gambar di bawah:
(Bagi pengguna Windows, anda boleh dapatinya di Network Neighbourhood.)
Maksud IEEE 1394
Tetapi apakah maksud “1394 connection” tersebut?
IEEE 1394 ialah merujuk kepada piawaian IEEE 1394 yang telah disediakan bermula pada tahun 1995 lagi. Dengan kata lain yang lebih mudah, ia merujuk kepada “Firewire”!
Terdapat berbagai-bagai bentuk firewire connector / port pada komputer. Sekiranya komputer anda mempunyai port firewire, anda boleh kenalpasti jenis port firewire tersebut dengan merujuk kepada gambar di bawah:
Kegunaan Firewire
Firewire adalah bertujuan untuk menghubungkan dan menghantar data di antara peralatan digital / aksesori komputer kepada komputer, dengan mudah. Secara teorinya, firewire menyediakan sokongan kepada semua jenis komputer dan menghubungkannya secara P2P connection. Kita boleh bayangkan seperti penyambungan dua komputer dengan satu cable (tetapi tidak perlu assign IP Address).
Peralatan Yang Biasanya Menggunakan Firewire
– Camera Digital
– Video Camera
– External Hard Disk
Kelajuan Penghantaran Data Menggunakan Firewire
– 100Mbps
– 200Mbps
– 400Mbps
oooo menatang ni rupenye…hidup dgn USB je biasela dh malas nk kenal benda yg lama dan tak berapa pakai kan…
kalau pc branded biasanya dah siap ada port firewire, ambil tau sebab dah kuar icon tu, sedangkan usb semua pc ada…