Setiap komputer memerlukan power supply bagi membolehkan motherboard komputer dan komponen-komponen lain berfungsi, kebanyakan power supply adalah standard dan boleh dipasang dengan cara yang sama.
Sebelum anda memasang power supply, pastikan anda memahami terlebih dahulu setiap connector/penyambung yang ada pada power supply anda.
Kaedah Pemasangan Power Supply
Berikut adalah langkah-langkah untuk memasang power supply bagi komputer yang menggunakan tower casing:
1. Pastikan kedudukan power supply yang betul.
2. Masukkan power supply ke dalam casing, dengan kedudukan yang betul. Pastikan alur / lubang skrew power supply adalah selari dengan lubang pada casing.
3. Masukkan skrew yang betul pada lubang power supply. Seeloknya masukkan 2 skrew pada arah yang bertentangan terlebih dahulu. Kemudian barulah masukkan pada 2 skrew selebihnya. Akhir sekali ketatkan keempat-empat skrew tadi. (Konsep sama seperti kaedah memasang tayar kereta).
4. Pasang 20 / 24 pin ATX untuk motherboard.
5. Pasang 4 pin 12v ATX untuk motherboard.
6. Pasang power connector 15 pin SATA (contoh: untuk hard disk SATA).
7. Pasang power connector 4 pin molex untuk IDE (contoh: untuk DVD-ROM drive IDE).
8. Pasang power connector untuk casing fan (sekiranya ada).
9. Masukkan power cable / cord untuk power supply.
10. Kemaskan wire cable di dalam casing komputer supaya tiada wayar yang tersangkut pada kipas processor dan lain-lain. Hidupkan komputer untuk pengujian pertama. Sekiranya semua berjalan dengan baik, matikan komputer untuk pasang penutup casing.
Peringatan! Utamakan Langkah Keselamatan
Sila pastikan anda mengutamakn keselamatan sebelum membuat pemasangan power supply. Ini kerana power supply mempunyai kuasa elektrik yang tinggi. Oleh itu, faktor keselamatan mestilah diutamakan sebelum anda mengendalikan kerja-kerja berkaitan power supply. Sebagai contoh:
- sila pastikan power supply di OFF terlebih dahulu sebelum mengendalikan sebarang penyelenggaraan (Dengan cara mematikan suis elektrik dan cabut plug dari sumber elektrik).
- gunakan test pen untuk pengujian supaya telah pasti tiada arus elektrik sebelum anda memasang power supply.
- pastikan tangan anda kering semasa membuat kerja-kerja penyelenggaraaan.
- gunakan skrew driver dan skrew yang betul. Pastikan skrew diketatkan dengan betul.
- Semak pemasangan power supply yang telah dibuat terlebih dahulu sebelum ON power supply.
makasih banyak sudah sharing ilmu yang bermanfaat alat pemisah lcd
Salam en suffian
Kenape ye time saya guna komputer….monitor jd gelap
Sy rasa power cord tu longgar
Mcm mane utk selesaikannya??