Sebenarnya info kali ini adalah sebagai penambahan dari artikel “Cara Menguji / Memapar Monitor Dengan Menggunakan Laptop” yang lepas. Mungkin info kali ini juga dapat menjawab masalah yang dikemukakan oleh saudara shaxx dan saudara isham.
Kadang-kadang walaupun kita telah melakukan penyambungan yang betul kepada laptop dan monitor / lcd projector, hasil dual-display masih juga tidak menjadi. Lebih malang lagi sekiranya kita hendak memberikan taklimat / ceramah, berpeluh juga apabila di atas pentas, sambil diperhatikan oleh beratus mata yang menunggu pembentangan kita.
Kadang-kadang paparan dual-display menjadi, tetapi salah satu paparan tidak menghasilkan paparan yang penuh pula. Maka kita boleh cuba selesaikan masalah ini dengan cara seperti di bawah:
1. Buat penyambungan seperti artikel sebelum ini.
2. Windows, buka Control Panel, perhatikan icon graphic card setting. (Mungkin icon anda berbeza kerana ia mengikut jenis graphic card yang digunakan).
3. Double click pada icon tersebut, cari menu “Multiple Display“. (Anda hanya nampak option ini setelah penyambungan yang betul telah dilakukan). Pilih option tersebut dan klik “OK”.
4. Toggle menggunakan button “Fn + F4” (mengikut ketetapan laptop anda).
Mohon info ,sy ada mslh tentang pc untuk 2 monitor gmn caranya?