Kaitan Processor, Front Side Bus, Clock Speed

Saya pernah menyentuh mengenai pengenalan terhadap processor, namun masih terdapat beberapa ciri pada processor yang kita perlu tahu. Diantaranya ialah FSB (Front Side Bus), iaitu cable bus (sekumpulan laluan) yang membawa data dari processor ke motherboard, atau sebaliknya. Kelajuan FSB juga mestilah disokong (support) oleh motherboard.

Seperti yang kita maklum, processor merupakan otak kepada komputer, iaitu segala urusan memproses data komputer dilakukan oleh processor. Sudah tentulah processor adalah satu komponen komputer yang paling memerlukan penghantaran dan pemprosesan data yang pantas. Oleh itu, teknologi processor adalah dicipta semakin laju dari masa ke semasa.

Biasanya kita akan memilih processor berdasarkan kelajuan frekuensinya, iaitu clock speed (kelajuan dalaman) processor tersebut. Kelajuan ini adalah merujuk kepada kelajuan data komputer diproses. Contohnya 2.66GHz, 2.8GHz, 3.33GHz,…

Front Side Bus

Disamping itu, terdapat satu lagi ciri penting bagi menentukan kelajuan processor iaitu FSB (front side bus). FSB merujuk kepada kelajuan luaran data yang dihantar dari / ke processor. Bagi memudahkan pemahaman, kita boleh merujuk kepada diagram motherboard atau seperti gambar di bawah.

gambar fsb

Oleh itu, kita fahami bahawa FSB juga adalah sangat penting bagi processor kerana ia menggambarkan banyak mana data yang boleh dihantar ke northbridge chipset pada satu-satu masa. Contohnya 2000 MBps, 4000 MBps,…

Kita boleh gambarkan kelajuan prosessor ibarat jalan dari pekan ke lebuhraya. Manakala kelajuan FSB ibarat lebuhraya. Sekiranya jalan dari pekan mempunyai 10 lorong tetapi lebuhraya hanya mempunyai 2 lorong sahaja, sudah pasti akan berlaku kesesakan yang teruk di laluan masuk ke lebuhraya. Kesimpulannya, bagi pemilihan processor, kita perlu menitikberatkan FSB juga disamping kelajuan processor itu sendiri.

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

18 thoughts on “Kaitan Processor, Front Side Bus, Clock Speed”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *