Mengatasi Masalah Power Supply 20 dan 24 pin ATX

Komputer sering mudah rosak akibat dari kilat. Biasanya kilat boleh menyebabkan kerosakan pada power supply atau motherboard. Kita boleh mengelakkan kerosakan ini dengan dua cara, iaitu tidak menghidupkan komputer semasa hujan lebat / kilat atau kita gunakan UPS (Uninterruptable Power Supply).

Sekiranya power supply kita rosak, kita boleh menukar power supply yang rosak dengan cara mendapatkannya di kedai mengikut keperluan komputer kita. Namun, kita perlu memastikan spesifikasi power supply yang betul supaya power supply tersebut boleh digunakan. Sedikit tips yang mudah, kita boleh pilih “power supply ATX 24 pin”. Kebanyakan komputer disokong (support) oleh power supply ini.





Namun, bagaimana pula sekiranya kita dapati apabila pulang ke rumah, motherboard kita mempunyai power supply port 20 pin sahaja?

Maka anda boleh gunakan panduan seperti di bawah:

20 pin atx power supply
Ini contoh 24 pin atx connector pada power supply.

tukar 24 pin kepada 20 pin atx
Perhatikan ada pembahagian di antara 24 pin kepada 20 dan 4 pin. Renggang dan asingkan 4 pin, maka anda boleh gunakan 20 pin yang tinggal untuk motherboard anda!

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

4 thoughts on “Mengatasi Masalah Power Supply 20 dan 24 pin ATX”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *