Pasang Komputer Dengan TV (Televisyen)

Sambung TV dan Komputer

Semalam saya agak kalut sedikit untuk menggunakan internet. Baru sahaja hidupkan komputer dalam 10 minit, kemudian monitor tiba-tiba terpadam. Periksa sekali-lalu graphic card dan uji menggunakan built-in vga port pun masih sama. Masa agak terhad, badan pun baru nak baik dari demam, ingat nak tidur awal sebab dah telan panadol. Maka, bagi menghabiskan beberapa perkara penting…terfikir satu kaedah trick supaya boleh gunakan komputer juga.

Masalah : Monitor Rosak
Penyelesaian Terdesak/Sementara : Gunakan TV bagi menggantikan monitor yang rosak.





Keperluan Penyambungan :

– Graphic card saya mempunyai port S-Video (6 pin), oleh itu saya perlu ada 1 cable “S-Video (Male) to Composite Video (Female)”. Cable ini memang telah disediakan bersama-sama graphic card saya.

S-Video to Composite Video Cable

Composite Video (Female)

S-Video Connector

– Composite Video Cable. Ia cable asas bagi pemain DVD yang dipasang pada TV.

Composite Video Cable

Langkah-langkah Pemasangan:

1. Sambungkan cable “S-Video (Male) to Composite Video (Female)” kepada “Composite Video Cable (Male)” yang berwarna kuning.

Sambung S-Video Converter

2. Satu lagi hujung connector “Composite Video Cable (Male)” yang berwarna kuning disambungkan kepada “port Composite Video pada TV” yang berwarna kuning.

Composite Video Connector

Composite Video Port

3. Cable S-Video tadi disambungkan kepada port “S-Video pada komputer” pula.

S-Video Port

4. Hidupkan TV dan pilih mode AV (Video).

5. Hidupkan komputer.

* Cara ini sesuai untuk sementara waktu sahaja kerana paparannya kurang berkualiti berbanding menggunakan monitor komputer.

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

32 thoughts on “Pasang Komputer Dengan TV (Televisyen)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *