DVI (Digital Visual Interface) dan VGA (Video Graphicas Array) adalah berfungsi untuk menghasilkan paparan video pada monitor komputer. VGA telah dilancarkan terlebih dahulu pada 1987 oleh IBM, manakala DVI iaitu terknologi yang lebih terkini telah diperkenalkan pada tahun 1999 oleh Digital Display Working Group. Perubahan kepada teknologi DVI adalah untuk meningkatkan kualiti paparan pada flat panel LCD dan graphics card yang terkini.
Bagi memudahkan pemahaman, DVI dan VGA ialah penghubung motherboard ke monitor bagi menghasilkan paparan. Sebenarnya terdapat banyak lagi connectors yang lain, tetapi DVI dan VGA lebih banyak diperkatakan dan diguna pada masa ini. Di bawah ini saya tunjukkan contoh-contoh gambar DVI dan VGA:
DVI Connector
– DVI biasanya digunakan untuk Flat LCD Monitor atau Projektor LCD / DLP.
– DVI menghantar isyarat digital.
VGA / SVGA Connector
– VGA biasanya digunakan untuk CRT monitor atau Projektor LCD / DLP.
– VGA menghantar isyarat analog (red, green, blue, horizontal sync, vertical sync).
Port VGA hanyalah mempunyai 1 standard seperti gambar di atas (15 pin, 3 baris), manakala port DVI mempunyai beberapa standard contohnya seperti di bawah:
Jenis-Jenis Penyambungan DVI:
DVI-D
- a) ke isyarat digital sahaja (monitor LCD)
- b) penghantaran data lebih pantas dan kualiti paparan paling berkualiti
DVI-A
- a) ke isyarat analog sahaja (monitor CRT / HDTV)
- b) kualiti paparan kurang kerana penukaran isyarat digital ke analog
DVI-I
- a) integrated (boleh digital ke digital, atau analog ke analog)
- b) tidak perlu risau sekiranya tersalah cable…
* DL bermaksud dual links untuk resolusi paparan lebih tinggi, iaitu boleh mencapai resolusi 2048 x 1536 (berbanding single link boleh mencapai resolusi paparan 1920 x 1080). Ini adalah kerana dual links cable menggunakan format digital TMDS yang berganda (2 x 165Mhz transmitter).
maaf tanya..
sy beli cpu , monitor berasingan.kat cpu takde dvi port. cuma vga jerrr..tp kat screen ada dvi d & vga..tp sy teringin nak pasang kat monitor port dvi…mcm mana?
ada jual converter.. lazada/shopee pun ada jual. Pastikan betul2 dulu port DVI yang mana digunakan, supaya tak tersilap beli.
ouh seperti itu ya, saya asli jakarta jadi agak kurang paham dengan bahasa malaysia
maaf ya, saya tidak tahu bahasa asli jakarta..
oh yer!!! Dahsyat le ko ngan info ko nie… ko mesti buka bisnes kedai komputer kot !!!
angan2 ada laa..setakat ni buat part time je kalu ada orang minta tolong repair..