Saya yakin kebanyakan kita lebih kenal USB berbanding firewire. Ini kerana ramai pengguna komputer mempunyai pendrive berjenis USB bagi storan data, sebut sahaja USB… kanak-kanak pun dah tahu 🙂 . USB juga dikatakan sebagai pesaing kepada firewire. Tujuannya masih sama, iaitu sebagai penyambung bagi penghantaran data ke komputer / komputer lain.
Sejarah Ringkas
USB adalah singkatan kepada “Universal Serial Bus” yang mula dicipta pada tahun 1994. Pada tahun 1996, USB 1.0 telah dicipta, kemudian ditingkatkan pula kepada USB 1.1 (1998) dan seterusnya USB 2.0 / Hi-Speed USB (2000) pula.
Jenis-jenis USB Connector
Kelajuan USB
Kelajuan penghantaran data menggunakan USB ialah:
– 1.5Mbps (contoh kegunaan: USB joystick)
– 12Mbps (contoh kegunaan: USB disk drive)
– 480Mbps (kelajuan maksimum USB 2.0)
Kelebihan Menggunakan USB:
– Kebanyakan komputer menyediakan port USB berbanding firewire.
– Sangat sesuai untuk peralatan kecil (mini gadget) contohnya pendrive.
– Kebanyakan aksesori komputer (general peripherals) menggunakan USB, terutamanya bagi menggantikan ps/2 ports. Contohnya USB keyboard, USB mouse, scanner.
Kemaskini: USB 3.0 juga telah mula digunakan, maklumat lanjut di sini -> USB 3.0 (SuperSpeed USB)
saya dah beli net-book ASUS
ia menggunakan USB 3.0 dab blutooth 3.0 juga
kira laptop terkini le tu..sy guna 2.0 jer..
owh yeke bro… erm takpe2.. nanti dah keluar..publish lah ek..hehe , susah nak komen kat blog nie..sebabnya semua memang bukan dalam bidang nie..kena senyap jela..
aku cuma sebarkan setakat yg mana aku tau je..harapnya tak terlalu teknikal sgt utk dibaca utk semua.. 🙂
baru tau nama penuh USB. dah berkurun dok sebut USB tanpa tau nama penuh nya 😛
hehe..biasa le tu..yg penting tau guna