Cara Buka / Pasang Hard Disk Laptop

Informasi kali ini agak ringkas, sekadar untuk memberi panduan terhadap pemasangan hard disk pada laptop. Cuma nasihat saya, apabila kita membuat penyelenggaraan / pemasangan komponen laptop, kita sepatutnya lebih berhati-hati kerana perkakasan komputer yang digunakan adalah lebih kecil dan halus, malah mudah rosak atau patah.

Sebagai contoh, saya pernah menghantar laptop ke kedai untuk menukar hard disk, sangkaan saya technician di kedai komputer adalah pakar dalam bab-bab pemasangan komputer. Mungkin ramai sebegitu, tetapi rupa-rupanya kita masih perlu berhati-hati juga. Kerana terdapat juga segelintir pekerja yang tidak berpengalaman, tetapi masih membuat kerja tanpa bertanya atau cermat dalam membuat kerjanya. Bagi contoh kes saya tu, terkial-kial technician tersebut membuka laptop dalam masa yang lama, paling malang laptop tersebut patah sedikit casingnya. Saya boleh terima kalau dia bertanya dahulu kepada ketuanya atau dia diselia supaya bekerja dengan lebih cermat, tetapi apa nak buat perkara dah jadi…

Oleh itu, jika kita yakin boleh buat sendiri, baik buat sendiri sahaja. Kita boleh cuba membuatnya walaupun sebelum ini tak pernah, tetapi biarlah ikut cara yang betul, lebih bagus ada cikgu yang membantu, kalau tidak tahu boleh bertanya, ini juga dinamakan ilmu juga kan? Kalau kita buat dengan baik, tidak mustahil orang lain pun percaya dan minta kita bantu dilain waktu..

Berbalik semula kepada tajuk pemasangan hard disk laptop, sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuka dan memasang hard disk untuk laptop.

Kaedah Membuka Hard Disk Untuk Laptop

1. Setelah skrew casing untuk hard disk dibuka, perhatikan penyambungan hard disk. Tolak hard disk dengan berhati-hati supaya pin-pin nya berenggang dengan slot hard disk pada laptop.

Gambar Buka Hard Disk Laptop

2. Tarik sticker pemegang hard disk untuk mengangkatnya.

Gambar Buka Hard Disk Laptop 2

3. Bagi contoh hard disk ini, ia adalah berjenis IDE.

Gambar Hard Disk IDE Laptop

4. Hard Disk laptop juga mempunyai jumper setting yang boleh kita ubah sekiranya perlu.

Gambar Hard Disk IDE Jumper Laptop

Gambar Hard Disk IDE Jumper Pin Laptop

Kaedah Memasang Hard Disk Untuk Laptop

* Hanya perlu set jumper sekiranya perlu, kemudian masukkan pin-pin hard disk ke dalam slotnya dengan berhati-hati seperti gambar di bawah, skrewkan penutup hard disk. Uji hard disk dengan melihat kepada paparan BIOS.

Gambar Pasang Hard Disk Laptop

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

23 thoughts on “Cara Buka / Pasang Hard Disk Laptop”

  1. mas numpang tanya deh…. saya kan laptopnya windows 32 bit, nah saya salahh instal software untuk 64 bit…. crash dahh… jadi lemot lemot gtu…. udah saya instal ulang windows, cek ram, Hdd its fine…udh saya uninsstal softwaremya … masih aja lemot lemot gtu.. gimana ya mas??

  2. salam en supian.. saya ada masalah portable hard disk tak leh detect kt computer.. saya da try buka dekat manage tp still takde kt dlmtu. tp lampu dekat portable hard masih menyala tp tak berkelip. adakah portable hard disk saya mmg da rosak atau sbb virus.. ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *