Bagi pengguna monitor CRT, kadangkala akan mengalami masalah paparan monitor akan menjadi kebiru-biruan atau kehijau-hijauan, atau paparan menjadi senget sedikit. Selalunya masalah ini berlaku apabila monitor terjatuh, terlanggar atau baru sahaja diangkat untuk dipindahkan ke tempat yang lain. Kadangkala monitor tersebut mengalami masalah tersebut secara tiba-tiba sahaja.
Jadi sekiranya masalah ini berlaku, anda boleh cuba kaedah ini terlebih dahulu, kerana ia berkemungkinan hanya berpunca daripada perubahan medan magnet pada monitor yang menyebabkan kerosakan warna paparannya.
Kaedah Membetulkan Warna Paparan CRT Monitor (Degauss)
Tekan button “setting” pada monitor anda, dan pilih button “degauss” (simbol degauss seperti gambar di bawah),tekan button degauss tersebut. Paparan monitor anda akan menjadi bergetar sedikit. Sekiranya cara ini berkesan, warna pada paparan monitor akan pulih seperti sediakala.
* Pilihan degauss adalah untuk mengembalikan kualiti paparan, dengan menyingkirkan medan magnet yang menyebabkan perubahan warna yang tidak diperlukan.
tq bro…