Diatas permintaan, saya akan memberikan informasi berkenaan laptop pula. Kali ini saya memberikan penerangan berkenaan RAM SODIMM, iaitu pemasangan RAM untuk laptop.
Laptop (juga sering dipanggil dengan nama komputer riba, notebook, netbook) selalunya disiapkan dengan RAM yang minima, ini kerana penjual laptop ingin menurunkan harga laptop yang dijual. Cara yang paling mudah untuk menurunkan harga laptop ialah dengan menawarkan kapasiti RAM yang rendah. Pembeli yang mementingkan budget kebiasaanya memilih laptop sebegini. Mungkin lama-kelamaan, timbul keinginan dihati untuk meningkatkan kapasiti RAM, apabila ada peruntukan lebih (ptptn kot..), ingin memenuhi keperluan operating system terkini dan perisian yang banyak.
Sekiranya situasi ini berlaku pada diri anda, jaminan laptop juga dah tamat, maka tidak perlulah anda bawa laptop anda ke kedai. Cukup setakat anda beli sahaja RAM yang dihajati di kedai dan pasang RAM tersebut sendiri, di rumah. Di bawah ini, saya terangkan langkah-langkah untuk menukar RAM laptop:
Kaedah Membuka RAM Laptop
1. Lihat di bahagian tapak laptop. Kenalpasti kedudukan RAM. Biasanya skrew untuk membuka casing laptop yang menempatkan RAM ditutup dengan lapik getah. Cungkil lapik getah tersebut dan gunakan pemutar skrew yang bersesuaian untuk membuka skrew.
2. Inilah RAM SODIMM yang telah dipasang pada laptop.
3. Tarik kedua-dua kunci RAM ke tepi, RAM akan terjungkil dengan sendirinya.
4. Tarik keluar RAM tersebut.
5. Perhatikan spesifikasi RAM tersebut. Mungkin anda ingin menukar kepada RAM baru yang mempunyai kapasiti lebih tinggi, tetapi dinasihatkan supaya anda mengambil maklum juga mengenai kelajuan RAM tersebut, kerana jika tersilap kelajuan RAM / jenis RAM, maka RAM tidak akan berfungsi!
Bagi contoh gambar di bawah, RAM tersebut mempunyai kelajuan 333MHz dan berjenis DDR I.
Kaedah Memasang RAM Laptop
1. Setelah anda mendapatkan RAM yang sesuai, masukkan RAM tersebut mengikut alur yang betul. Tekan sedikit supaya kaki RAM rapat pada slot RAM.
2. Kemudian, tekan RAM ke bawah untuk mengunci RAM. Periksa pada kunci RAM, supaya RAM betul-betul masuk ke dalam slotnya.
3. Tutup semula penutup casing RAM, dan skrewkan. Uji RAM yang baru dengan menghidupkan laptop.
Gan… Leptop aye lambat nih, sering nge lag, nah menurut admin mending saya beli hardisk eksternal atau tambah ram
makasih petunjuknya
Bro aku main game graphc besar contoh prototype dan game online counter strike online
..Knapa tiap kali aku main prototype dia mcn slow motion..ram saya 2gb..mntak boleh tolonh
thanks infonya
bagus sekali artikelnya, ini sangat membantu
Terima Kasih Sebelumnya
salam anak IT