Pernahkah anda mengalami kerosakan CD / DVD Drive untuk laptop, kemudian anda hendak menukarkannya kepada CD / DVD Drive yang baru? Selalunya apabila kita hendak mendapatkan alat ganti CD / DVD Drive yang baru, maka jurujual akan bertanya pula apakah model laptop anda. Lagi bagus kalau kita bawa laptop sekali, maka jurujual akan segera tahu yang mana satu drive yang bersesuaian. Ini kerana sekiranya kita tersilap beli, maka CD / DVD Drive tersebut tidak dapat dipasang, kerana rekabentuknya yang berbeza.
Sekiranya laptop anda berjenama DELL, maka perlu alat ganti jenama DELL juga. Jika Fujitsu, maka kena guna yang sama juga. Walaupun konsep ini menguntungkan memudahkan pengeluar laptop, tetapi kadangkala menyusahkan kita pula. Oleh itu, kita perlu melakukan sedikit pengubahsuaian ataupun trick. Ikuti langkah-langkah di bawah supaya kita boleh gunakan mana-mana cd/ dvd drive yang standard di pasaran:
Kaedah Untuk Membuka CD / DVD Drive
1. Biasanya terdapat satu kunci untuk CD / DVD Drive. Buka kunci tersebut dan CD / DVD Drive akan terkeluar sedikit dengan sendirinya.
2. Tarik CD / DVD Drive tersebut keluar.
Trick Untuk Menggunakan CD / DVD Drive Yang Berbeza Dari Yang Asal
Ini adalah contoh CD / DVD Drive yang asal. Sebenarnya terdapat bracket dan converter di tepinya.
Ini adalah contoh CD / DVD Drive yang standard untuk laptop.
Jadi apa yang perlu anda buat ialah buka skrew bracket dan converter di tepi CD / DVD Drive yang asal. Jika perlu buka juga penutup depan CD / DVD Drive.
Kemudian pasangkan sahaja bracket dan converter tadi pada CD / DVD Drive yang baru.
Nice! Tips yang menjimatkan 🙂
dah ada cara yg menjimatkan, rugi kalau tak cuba..
ooo… senang je rupanya 🙂
dah terkena dulu, sekarang baru tau..