Mengenali VGA Splitter / Video Splitter
VGA Splitter, ataupun dikenali Video Splitter adalah peralatan yang digunakan untuk menghasilkan banyak paparan dengan hanya daripada satu sumber komputer sahaja.
Fungsi VGA Splitter
VGA Splitter sering digunakan di majlis-majlis tertentu, di dewan persidangan, dewan besar, bilik kuliah, bilik mesyuarat bagi tujuan supaya bilangan paparan dapat diperbanyakkan.
Sebagai contoh, di dalam satu dewan besar mempunyai 3 unit LCD Projektor, dimana 1 unit untuk paparan di tengah-tengan pentas, manakala 2 lagi untuk paparan di kiri kanan; maka VGA Splitter digunakan supaya ketiga-tiga LCD Projektor berfungsi seperti yang dikehendaki.
Contoh seperti gambar di bawah: 1 sumber dari laptop, 2 output paparan pada monitor dan 2 output paparan pada lcd projector.
Contoh lain: 5 unit splitter digunakan untuk menghasilkan 16 paparan (kerana splitter tu ada 4 output sahaja).
Cara Penyambungan VGA Splitter
Sebagai contoh gambar di bawah mempunyai 1 input (female), 8 output (male). Maka sumber yang diambil dari 1 laptop, di sambung ke input. Manakala output disambung kepada LCD Projektor / monitor sehingga maksimum 8 output kesemuanya.
* Jangan keliru pula dengan KVM Switch!
Knapa pakai splitter tv dgn projektor, tv ok projektor lma2 dia berkelip2, adakah kualiti splitter murah, sbb sya bli rm5or 2 port out