Laptop Lama, Dibuang Jangan…

Setelah melihat berbagai-bagai jenis laptop terkini di pasaran, terdetik dihati apa kesudahannya laptop-laptop yang lama. Laptop terkini memang lebih ringan, canggih, pantas tetapi masih ada beberapa masalah juga. Sebagai contoh laptop terkini banyak menggunakan external drive, dvd external, floppy external, usb external…mungkin itulah sebabnya laptop pada masa kini lebih nipis dan ringan.

Dari pengalaman saya yang tak seberapa, laptop terkini juga selalunya mempunyai masalah untuk mencari perisian driver bagi sistem operasi lama (contohnya Windows XP). Biasalah tu, kini pengguna juga ramai yang suka kepada sistem operasi yang terkini (contohnya Windows7), bagi pengguna yang lebih sukakan kebebasan akan memilih sistem operasi dari sumber terbuka (contohnya Ubuntu, Redhat Fedora, FreeBSD). Bagi orang yang terlibat bagi pembaikan komputer (contohnya saya) perlulah ambil tahu semua tu… Jika berkesempatan, saya akan cuba berikan panduan bagaimana untuk mendapatkan perisian drivers pada artikel akan datang…

Apabila melihat laptop-laptop lama, di sini saya lampirkan beberapa port yang telah sedia ada (built-in) bersama-sama laptop tersebut. Pada saya, inilah kelebihan laptop-laptop lama, malah ada kakitangan di pejabat yang memang menempah laptop sebegini kerana sesuai untuk kerja-kerja on-site yang masih ada tools/alat pengukuran yang memerlukan laptop sebegini. Maka, jangan ambil mudah laptop lama anda, kalau jual di laman lelong mungkin ada yang berminat!

Gambar Port Video

Masih ingat informasi berkenaan “menyambung komputer kepada televisyen“? Port Composite Video telah sedia ada pada laptop lama, perlu sekiranya anda mahukan paparan komputer pada televisyen atau LCD Projector.

Gambar Ports Laptop

1 – Masih terdapat peralatan kerja yang masih memerlukan COM Port ini.

2 / 3 – Printer Port / Parallel Port (mungkin tidak digunakan langsung pada masa kini)

Avatar for sufian

Author: sufian

"Ilmu itu lebih bermanfaat jika disampai-sampaikan..."

Setiap artikel di dalam blog ini adalah hakcipta penulis. Sekiranya anda ingin menyalin artikel ini, anda perlu:
1. Menghubungi penulis terlebih dahulu.
2. Menyatakan url blog ini adalah sumber rujukan artikel.

14 thoughts on “Laptop Lama, Dibuang Jangan…”

  1. ada nak jual komputer lama pejabat boleh saya beli!!!

    call 0166240182(mas)
    0192798954(jaya)
    0196219335(samsul)
    area klang dekat shah alam

  2. Salam,

    Laptop/PC lama diorang jual balik ke kilang kitar semula komputer. Dalam part komputer ada emas, silver, plastik, besi. Bahan beracun pun ada macam kat monitor.

    Mcm processor ada emas yg dikatakan emas 99.99% ketulenan. Kena extract dalam jumlah yang banyak tapi amat berbaloi.

  3. Salam,

    Bagi Sesiapa yg nak buang komputer2 lama boleh jual kepada saya. Saya beli dgn harga tinggi dari kedai besi buruk..

    Contact no : 0174108980
    Location : Kulim kedah

Leave a Reply to Zaini Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *