Sekiranya seseorang bertanya kepada kita mengenai spesifikasi komputer yang digunakan, kita boleh mendapatkannya dengan melihat kepada BIOS ataupun buka komputer untuk menyemak maklumatnya. Tetapi ia agak leceh dan memerlukan masa untuk reboot komputer pula. Perisian CPU-Z ialah perisian percuma yang dapat memberikan maklumat mengenai perkakasan komputer kita dengan mudah dan cepat.
Menu CPU-Z
Terdapat beberapa spesifikasi komputer yang dapat dikenalpasti menggunakan perisian CPU-Z ini, iaitu seperti di bawah:
1. Maklumat Spesifikasi Processor (CPU)
– Jenis Processor
– Jenis Soket
– Kelajuan Processor
– Cache, dan lain-lain…
2. Maklumat Terperinci Cache
3. Maklumat Spesifikasi Mainboard (Motherboard)
– Pengeluar/ jenama motherboard
– Model Motherboard
– Jenis Chipset
– Jenis BIOS dan version
– Jenis Slot Graphic Card
4. Maklumat Spesifikasi Memory (RAM)
– Jenis RAM
– Saiz kapasiti RAM
5. Maklumat SPD (Terperinci RAM Mengikut Slot)
– Jenis RAM
– Saiz kapasiti RAM
– Kelajuan RAM
– Pengeluar / Jenama RAM
– No Siri RAM
6. Maklumat Spesifikasi Graphic Card
– Model
– Saiz kapasiti
7. Maklumat Perisian CPU-Z
– Versi
– Polisi / Lesen Percuma (Freeware)
– Operating System
– Pilihan “save”…
Untuk mendapatkan perisian ini, anda boleh klik di sini.
da cuba cari tak dapat pown.. jenis lenovo sound driver nyee.. pening2 cam mana ek??
oo.. sound driver tu ambil je dari driverpack kat sini https://sufian.info/2010/09/cara-cari-driver-di-internet-siri-3/
kalau tau spesifikasi motherboard tu, check kat internet, nanti bleh tau jenis sound tu jugak..
apa dimaksudkan revision ?? sy tak faham ape itu bende??
saya ada tulis ke? kat mana tu? version bios ke?
Waaaaa….
siok ni. amat senang untuk orang yang buta IT macam saya.
Hehehehehe….
buta ke celik ke, tool ni memang memudahkan…
Wah! senang la nak check camni…detail betul info dia..
detail dan tepat!