Terdapat cara alternatif selain menggunakan perisian Driver Genius bagi tujuan backup driver, iaitu DriverMax. Terpulang kepada pengguna, mana satu yang menjadi perisian pilihan untuk membuat backup driver. Yang penting sebelum kita membuat operasi format komputer, pastikan kita membuat backup driver terlebih dahulu…
Perisian DriverMax
Perisian DriverMax nampaknya lebih banyak features percuma berbanding Driver Genius. DriverMax juga terdapat versi percuma dan versi berbayar, tetapi versi percuma masih mendapat semua kelebihan yang dimiliki bagi pengguna berbayar, cuma versi berbayar mempunyai kelebihan dari segi kuantiti / kelajuan driver yang di download. Tetapi untuk menggunakan semua features, pengguna percuma perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu.
-
Diantara kelebihan pengguna versi berbayar ialah:
- – Tiada had download driver sehari.
- – Boleh membuat pemeriksaan driver update, setiap jam.
- – Boleh menggunakan DriverMax Agent yang lebih automatik.
- – Capaian untuk download driver lebih pantas.
- – Tiada gangguan “ads”, dan lain-lain…
Operating Systems yang boleh menggunakan perisian DriverMax ini pula ialah Windows XP, Vista, 7 dan Server 2003.
Paling menarik, fungsi “Drivers Backup and Restore” adalah percuma 🙂
Anda boleh mendapatkan DriverMax di sini.
masih lagi relevan sebab guna windows lagi..hehe..
kalu jenis windows pun support, ok ler..
sy suka driver genius drpd drivermax..
saya pun sebelum ni selalu guna driver genius, tapi nampak driver max macam lebih byk free option..
oh hidup lagi perisian ni rupanya 😀 paling last aku guna masa guna windows xp dulu. sekitar tahun 2007-2008. memang bagus 😀
masih relevan dan sesuai digunakan lagi 🙂